Pandangan ku semakin kelam dan gelap. Aku terlantar entah dimana dan tidak berdaya untuk bergerak walau sedikit. Ku terasa bagaikan tulang belulang ku hancur menjadi debu. Aku terus terdampar tanpa diketahui sesiapa dan dimana aku berada. Oh, adakah ini pengakhiran buat diriku? Adakah ceritaku hanya taat seperti ini? Aku tidak mampu bertahan lagi, selamat tinggal.
Ibu mengejutkan aku untuk bangun tidur kerana waktu sudah beranjak hampir ke tengah hari. Alamak! aku lewat sekali lagi untuk bangun dari tidur. Mengapa jam loceng aku tidak berbunyi? Aku membelek jam loceng aku yang sudah berusia 3 tahun yang aku beli di pasar dua ringgit. Selesai membelek barulah aku sedar bahawa jam tersebut telah kehabisan bateri, patutlah tak berbunyi. Lantas aku bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan badan dan menggosok gigi supaya aku sentisa dalam keadaan bersih dan suci bagaikan bedak cap Safi. Selesai sahaja aku membersihkan diri, aku mengenakan pakaian yang segak sekali. Aku telah berjanji kepada ibuku semalam yang aku akan ke pekan untuk membeli barangan dapur kerana bekalan makanan di rumahku telah berkurangan. Sebelum keluar ke pekan aku sempat menjamu sedikit makanan kucing buat mengalas perut kerana hari ini ibuku tidak berdaya untuk memasak, lututnya kembali sakit akibat kesan dari sakit gout. Benar kata Khir Rahman didalam filem Rock OO bahawasanya gout menjatuhkan negara.
Aku berbasikal melewati jalan di kampungku untuk ke pekan. Dengan berpakaian kemeja berwarna merah saga bercorak kotak-kotak besar berwarna hitam yang disisip ke dalam seluar serta butang dikancing sehingga ke atas dan tidak lupa seluar yankey ketat dan singkat berwarna hijau Petronas disamping berkasut karipap buatan china berwarna kuning telur yang diseludup masuk dan dijual murah di pasar malam. Aku amat merasakan yang aku amat bergaya sekali dengan rambut disisir rapi bagaikan rambut Wak Doyok yang berbulu di muka bagaikan serigala jadian. Setiap kayuhan aku diiringin dengan wajah ku yang menyombong walaupun berbasikal dibawah matahari terik diwaktu tengah hari.
Walaupun panas dan aku berpeluh bagaikan disiram air hujan aku tetap persetankan semua itu kerana apabila tiba di pekan nanti aku akan berhenti di Maybank untuk menyejukkan badan kerana aircond didalam Maybank sejuk mencecah -5 darjah celsius berbanding suhu diluar yang bahang bagaikan 1000 darjah celcius. Aku meneruskan kayuhan basikal sambil memandang cermin sisi yang baru aku curi dari motosikal Suzuki RGV milik tokey kedai mesin kuda kemudian aku pasang di handle basikal fixie aku dengan mengikat cermin sisi tersebut dengan getah. Aku melihat cermin sambil membetulkan remos rambutku yang semakin melendut kebawah kerana basah akibat peluh yang banyak mencurah dari kepala aku. Aku ingin sentiasa kelihatan segak bagaikan ketampanan Jason King dengan wajahnya yang sedang meneran taik di dalam jamban. Pada diriku, wajah seperti itu amat terlajak laris di kawasan penempatan kampung aku.
Kayuhan demi kayuhan, aku terus menggagahkan diri berusaha mengayuh basikal dengan bersemangat sekali. Tidak sabar untuk aku melaram di pekan nanti dan bolehlah nanti aku tayang muka aku pada amoi anak tauke kedai runcit di pekan tersebut. Biar dia cair melihat kesegakan aku yang tiada tolok banding jika dibandingkan dengan bangla-bangla Petaling Street. Baru dia sedar betapa berharganya aku pada pandangan matanya. Hampir sejam aku mengayuh basikal untuk tiba di pekan dan aku mengambil keputusan yang muktamad untuk berehat seketika bagi melepaskan lelah di Maybank seperti yang dirancang. Aku melihat diriku benar-benar seperti baru meredah hujan mengenangkan pakaianku yang kuyup akibat berpeluhan, namun aku tidak peduli kerana bayu sejuk aircond dari bank kepala rimau telah mengusap lembut pipi aku. Tanpa berlengah aku terus melangkah masuk ke dalam bank itu. Ya tuhan, betapa selesanya tubuh ini apabila diselubungi bayu penghawa dingin yang menyamankan akan tetapi tiba-tiba muncul suatu bau yang kurang menyenangkan hidung aku. Uweeeekkkkkk, bau seakan-akan bangkai menusuk rongga dan melalui bulu-bulu hidung aku dan aku terlihat semua orang memandang aku seakan-akan bau bangkai tersebut datangnya dari aku cuma yang aku fikirkan mereka memandang aku kerana ketampanan dan kesegakan aku sahaja maka tidaklah aku endahkan dengan pandangan orang sekeliling.
Sedang aku leka melayan kesejukan suasana di dalam premis ini secara tiba-tiba aku didatangai oleh seseorang, aku hanya melihat dari lirikan ekor mataku dan aku pasti ada seseorang gadis cantik yang datang ingin berkenalan dengan diri ku yang kacak dan hensem serta menawan ini. Justeru aku kedengaran suara seorang gadis menegur aku lantas aku menoleh dan ingin melihat siapakah gerangan gadis yang menegur aku itu. Omaigosh, wallaweh, ohmen... cun gile toq awek yang tegur aku sebentar tadi, kelihatan dia ingin berkata sesuatu akan tetapi belum sempat dia berkata-kata aku mengangkat tanganku sebagai tanda supaya dia tidak meneruskan kata-katanya kerana aku cukup berkeyakinan yang dia ingin meminta nombor talifon aku. Lalu aku mengambil dompet aku dan mengeluarkan sekeping kertas yang terdapat nombor talifon aku sebagai ganti kepada kad nama. Memang kebiasaan aku standby no talifon di dalam dompet.
Sejurus itu, aku kembali menoleh kehadapan semula akan tetapi sekali lagi gadis itu menegur aku dan sekali lagilah aku menoleh kebelakang menghadap gadis tersebut dan tanpa sempat aku bertanya gerangan apa dia memanggil aku gadis tersebut terus berkata bahawa bau badan aku terlalu hapak kohong tahap gaban. Bagaikan api kecil disimbah petrol maka begitulah hati aku marak membakar kemarahan jiwa aku yang suci lagi tulus. Lantas aku bangun dan menghadap gadis itu lalu aku mengangkat tanganku bersiap-siap untuk melempang gadis tersebut. Sejenak aku mengangkat tanganku tiba-tiba aku tercium aroma sampah sarap dan bila aku periksa ianya datang dari ketiak aku. Aku tidak berpuas hati lantas aku cuba menghidu pakaianku pula, secara misteri kepala aku menjadi pening dan entah mengapa aku bagaikan nak muntah dan paling mengerikan semua insan di dalam bank ini melihat aku dengan pelbagai reaksi. Ada menunjukkan muke geli akan aku, muke terkejut, muke sesak nafas dan yang paling aku aku tak boleh terima ramai yang menutup hidung sambil memandang aku.
Dunia bagaikan berputar ligat, aku hampir rebah kelemahan kerana tidak mampu menerima perasaan malu seperti ini. Tanpa berlengah aku terus berlari bagaikan kucing dikejar anjing, cukup pantas dan bertenaga aku meluru ke arah pintu bank dengan niat meninggalkan tempat tersebut bersama segunung perasaan malu yang teramat sangat. Aku merasakan duniaku hancur berkecai seperti tiada lagi hari esok untuk aku. Dek kerana terlalu memikirkan apa yang telah berlaku, aku terlupa ke manakah arah langkah larianku yang deras ini dan apabila aku sedari kembali aku telah berada di lebuhraya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku, aku terpinga-pinga namun aku tiada masa untuk memikirkan semua itu kerana dihadapanku terdapat sebuah lori trelar yang bergerak laju ke arahku. Dummmmmm!!! aku melambung ke udara, cukup tinggi sekali aku melambung sehingga aku dapat melihat awan dalam pandangan yang samar-samar. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Pandangan ku semakin kelam dan gelap. Aku terlantar entah dimana dan tidak berdaya untuk bergerak walau sedikit. Ku terasa bagaikan tulang belulang ku hancur menjadi debu. Aku terus terdampar tanpa diketahui sesiapa dan dimana aku berada. Emmm, ngantuklah nak tulis panjang-panjang.
No comments:
Post a Comment