Photobucket

Friday, 27 July 2012

Bulan Puase a.k.a Ramadhan


Assalamualaikum W.B.T

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada saudara2 muslim sekalian.
Bila sebut puase orang semua dah ingat raya. Normal la tu kan, betul x?
Saje je aku nak tulis pasal puase ni, bukan de ape yg special sangat pon.
Tak kan nak bagitau pe maksud puase lak kan?? Semua orang dah tau pe maksud puase.
Bagi yang tak taw kene la bertanya pada sape yang taw. Cuma nak ingatkan bila
berpuasa kita kena la jaga tingkah laku, percakapan dan paling utama cara berpakaian.
Kenapa cara berpakaian kena diutamakan? Sebab kalau kita dedah aurat, orang dari jauh
dah nampak. Bagi pompuan lak yang freehair ngan bebaju ketat tu sebolehnya haruslah
menjaga aurat korang sebab bila org lain tengok aurat kita berdosa bagi yang melihatdan juga yang memperlihat aurat tu disamping mengurangkan pahala puasa orang lain. Bagi lelaki pula,
tak payah la nak berseluar pendek atas sebab nak berasa ranggi. Enough la ok.
Turut tak lupa pesanan buat orang laki2 semua termasuk aku la, kurangkan mencarut di bulan
RAMADHAN AL-MUBARAK ini. Lagi satu hal la, bila berbuka tu cukup simple2
je la. Kadang2 aku tengok orang dok berbelanje beli juadah berbuka macam
gaya setahun tak makan, tapi mungkin anak2 dia ramai kot atau ada yang nak sedekah
kat masjid buat makan untuk berbuka atau moreh.
-SEKIAN-

Perlukah juadah berbuka puasa kita seperti ini???

Disaat kita senang kita lupa mereka yang susah. Inilah rakyat Somalia yg beratur
hendak mendapatkan juadah berbuka puasa.

Apa pun, jangan la lupa nak kejar Solat Sunat Tarawikh. Dalam banyak2 bulan,
masa bulan RAMADHAN je ade solat tarawikh.

Sunday, 15 July 2012

Hukum Hiasan Gambar, Lukisan Dan Patung.

Assalamualaikum


Ape kabo sidang pelawat blog aku sekalian. Diharap korang sume sihat sejahtera mahunye.
Baru-baru ni aku ade besembang ngan kawan aku yang kebetulan ziarah ke rumah aku.
Kawan aku ni boleh tahan berpengetahuan ilmu tentang agama, nak dijadikan cerita
kawan aku ni tegur le aku pasal poster2 kat bilik aku. Kebanyakan poster kat bilik aku ni
banyak poster pasal GAME ngan ANIME, almaklumlah die hard gamer ngan katon aku ni.
Aku pon tanye la kat sahabat aku ni, ape masalahnye? Lagipon takat gambo robot2, askar,
alien ngan gambo anime mcm One Peace, Dragon Ball dan lain2.

Jadi kawan aku ni jelaskan la kat aku, adakah aku berharap poster yang aku pasang tu
bertujuan lebih dari hiasan? Aku mula2 segan gak nak jawab, lepas tu kawan aku jelaskan la
sekiranya aku meletakkan poster tu semua bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk
ia seumpama aku MENGAGUNGKAN gambar didalam poster tu. Astgahfirullah,
terkejut gak aku dengar ape yang dijelaskan sahabat aku tu.

Dan kawan aku ni pon kabo kat aku malaikat x masuk rumah woooo. Alamak!! parah ni.
Nabi pon pernah menegur Isterinya; Siti Aishah R.Ah berkenanaan tentang lukisan:

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata,“Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)


Lagipon hiasan gambar, lukisan atau patung yang dibuat menyerupai makhluk yang hidup
seperti binatang dan manusia adalah haram melainkan hiasan berupa tumbuh-
tumbuhan. Terdapat hadis yang menyatakan:

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)


Dalam hadis diatas ade menyatakan binatang juga diharamkan untuk berada dirumah,
tetapi bukan semua binatang haram dibela atau disimpan di dalam rumah ianya cuma
ANJING dan BABI kerana ianya binatang kategori NAJIS MUGHALLAZAH.

Selain itu pengukir atau pembuat patung dan arca berupa manusia, haiwan dan makhluk
bernyawa juga dikecam dan haram. Penyimpanan patung didalam rumah juga haram.

Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:“Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).” (Hadits Bukhari dari Muslim)



Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin
‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Shallallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya,
bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”


Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau
binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang
adalah haram dengan ijma’ seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan
wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya.
Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang
kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir.

Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:

“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung)diazab / diseksa
dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh
sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.


KECUALI jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi
tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu.

Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja
daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
dan dipusat-pusat pengajiantinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung
atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan,
kerana diperlukan (hajat), sama ada daripadabatu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya.

Kelonggaran atau pengecualian ini adalah berdasarkan hadits Bukhari dengan sanadnya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu katanya:

“Aku bermain-main anak patung di sisi Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku ada beberapa orang
kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam membiarkan mereka
bermain –main denganku.”


Hadits ini diterbitkan oleh Abu ‘Awanah dan lainnya. Juga Abu Daud dan Nasa’i ada
meriwayatkan cerita lain daripada ‘Aisyah (yang menunjukkan ada patung-patung mainan
kepada ‘Aisyah) katanya:

“Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada peperangan Tabuk dan Khaibar, lalu diceritakan kisah di mana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menurunkan kain yang direntangkan pada pintunya, di sini Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat di sebalik kain rentang itu ada beberapa anak patung perempuan mainan kepada ‘Aisyah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini wahai ‘Aisyah?” Jawabnya: “Anak-anak patung perempuan milikku.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat pula kepada patung kuda dalam keadaan terikat ada baginya dua sayap! Maka Rasulullah bertanya: “Apa ini?” ‘Aisyah menjawab: “Kuda.” Kata Rasulullah: “Kuda ada dua sayap!” Jawab ‘Aisyah: “Tidakkah Tuan pernah dengar bahawa ada bagi Nabi Sulaiman kuda-kuda yang mempunyai beberapa sayap? Maka rasulullah tertawa.”


Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi
benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang
dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya
bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap.

Wallahualam.

Akhir kata aku rasa penjelasan aku sekadar info tipis2 untuk pembace laman blog aku ni.
Ada baiknye korang dapatkan lagi info lebih dalam untuk pengetahuan dan ilmu
untuk diri kome, ahli keluarga dan sahabat. Ape2 pon tegur-menegur, pesan-berpesan
dan berkongsi ilmu itu lebih baik dari taw nak kondem je kan. Hahaha.
ASSALAMUALAIKUM.

Wednesday, 11 July 2012

FREEMASON, ILLUMINATI DAN ZIONIS.

-ASSALAMUALAIKUM-

SALAM SEJAHTERA AKU UCAPKAN KEPADA ANDA YANG MENJENGAH SEMENTARA KE BLOG AKU NI. APA YANG AKU NAK SAMPAIKAN HANYALAH PENYAMPAIAN DARI PENYAMPAI SEAGAMA YANG SENTIASA CUBA UNTUK MENYAMPAIKAN KEBAIKAN. Apa yang aku sampaikan diharap korang akan melakukan rujukan yang selanjutnya khuatir terdapat kekhilafan hasil dari penyampaian aku yang boleh memesongkan akidah. Tetapi NIAT aku adalah satu iaitu CUBA MENYAMPAIKAN PERKARA DAN PERINGATAN YANG BAIK TERHADAP RAKAN SEAGAMA. Sekiranya terdapat KEKURANGAN diharap korang berikanlah teguran dan tunjuk ajar yang benar kepada aku.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104

Kembali kepada tajuk utama, Apakah itu FREEMASON? Dan apakah kaitannya dengan ILLUMINATI DAN ZIONIS (ZION+ISRAEL)??
FREEMASON adalah sebuah pertubuhan ORGANISASI PERSAUDARAAN ANTARABANGSA. Mula ditubuhkan pada 1717. Terdapat juga idea dari peneliti barat yang mengatakan bahawa FREEMASON sudah lama ditubuhkan iaitu sejak abad ke-14 ketika KNIGHT TEMPLAR dihapuskan oleh Raja Perancis; Philipe Le Bel dan Paus Clement V. FREEMASON adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia. Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu AJARAN SESAT YAHUDI yang diwarisi dari era FIRAUN MESIR DAN ERA BABILON KUNO. SIHIR ADALAH INTIPATI AJARAN Kabbalah dan ini membawa kepada PENYEMBAHAN SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan. Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.  FREEMASON  mempunyai PERINGKAT-PERINGKAT PENYERTAAN (LEVEL). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin  DOKTRIN SATANISM DAN MISTIK Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan MENYEMBAH IBLIS sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah DAJAL LAKNATULLAH.

LAMBANG FREEMASON. Terdapat Jangka Ukur dan Sesiku L.
Maksud huruf G dari maklumat yang aku dapat bermaksud God, Gold, Glory.

ILLUMINATI (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah ORGANISASI SULIT TERHASIL DARI GABUNGAN PERTUBUHAN KAUM PAGAN khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. ILLUMINATI  pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat. Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Simbol ILLUMINATI. Gambar MATA didalam segi tiga piramid bermaksud
THE ALL-SEEING EYE.

ZIONIS adalah sebuah pergerakan yang telah lama beroperasi, tetapi secara rasminya diasaskan oleh seorang jurnalis Yahudi Hungary iaitu Theodor Herzl pada tahun 1896. Matlamatnya adalah agar orang2 Yahudi kembali ke Eretz Yisrael, atau Zion.  Nama  ZIONIS diambil DARI NAMA SEBUAH BUKIT IAITU BUKIT ZION, sebuah bukit di mana Kota Jerusalem berada. Penyokong2 pada pergerakan ini dipanggil ‘Zionists’. Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya DER JUDANSTAAT (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini. Pada hari ini, secara kasarnya seramai 40% penduduk Yahudi di dunia tinggal di Israel. Dan 40% lagi tinggal di Amerika Syarikat. Zionis berbeza dengan Yahudi yang berpegang kepada kitab Perjanjian Lama (YAHUDI ORTODOKS), kerana  ZIONIS ADALAH SUATU BADAN SEKULAR YANG CUBA MEMISAHKAN AGAMA. Ianya dipengaruhi oleh ILLUMINATI iaitu satu pertubuhan besar yang ingin menakluki dunia suatu masa nanti. Yahudi yang berpegang teguh dengan Perjanjian Lama menganggap perbuatan Zionis merampas bumi Palestine dan membunuh ramai jiwa itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

APAKAH KAITAN ANTARA MEREKA SEMUA? Mereka adalah puak yang wajib diperangi oleh umat MANUSIA kerana mereka adalah tunggangan dan tentera-tentera yang akan berjuang untuk DAJAL, SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH. Untuk rujukan lebih lanjut korang boleh la menonton dokumentari THE ARRIVAL. Insya-Allah akan banyak maklumat yang akan saudara-saudaraku semua dapat ketahui.

Saturday, 7 July 2012

Photoshop Dari Picasa.

-ASSALAMUALAIKUM-

Ni antara gegambo yang aku snap menggunakan Canon EOS 600D aku yang
dah lame terperap. Xde le lawo mane, orang baru belajor le katekan.
Kalau ade pape pendapat kome post je la komen-komen atau kutukan
yang membine le gamoknye ok.

Powered By Picasa

Powered By Picasa
Powered By Picasa

Ni jelah yang aku nak tunjukkan pon. Lens yang aku gunakan stndrt kotak je 18-55mm dgn
ukur lilitnya 58mm. Aku nak cari lens baru tp tak tau mane yang bagus. Kalau ade
idea atau pendapat untuk aku memantapkan seni fotografi aku, korang diali-alukan untuk
post je pendapat korang.
-Wassalam-

Salam perkenalan kawan-kawan. Aku baru melayan blog, mintak tunjuk ajar :)

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 32 ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dan ASSALAMUALAIKUM kepada pelawat blog hamba yang baru nak start layan blog.
Tergerak pula rase ati ni nak melayan blog bila aku tgk kengkawan aku ramai yang layan blog.
Macam best2 je kan. Anyway aku nak try la bendalah ni berguna sejauh mana dan tujuan aku
mencipta blog aku ni cuma nak berkongsi idea, pendapat, pengalaman dan cerita dari orang lain.