Assalamualaikum
Ape kabo sidang pelawat blog aku sekalian. Diharap korang sume sihat sejahtera mahunye.
Baru-baru ni aku ade besembang ngan kawan aku yang kebetulan ziarah ke rumah aku.
Kawan aku ni boleh tahan berpengetahuan ilmu tentang agama, nak dijadikan cerita
kawan aku ni tegur le aku pasal poster2 kat bilik aku. Kebanyakan poster kat bilik aku ni
banyak poster pasal GAME ngan ANIME, almaklumlah die hard gamer ngan katon aku ni.
Aku pon tanye la kat sahabat aku ni, ape masalahnye? Lagipon takat gambo robot2, askar,
alien ngan gambo anime mcm One Peace, Dragon Ball dan lain2.
Jadi kawan aku ni jelaskan la kat aku, adakah aku berharap poster yang aku pasang tu
bertujuan lebih dari hiasan? Aku mula2 segan gak nak jawab, lepas tu kawan aku jelaskan la
sekiranya aku meletakkan poster tu semua bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk
ia seumpama aku MENGAGUNGKAN gambar didalam poster tu. Astgahfirullah,
terkejut gak aku dengar ape yang dijelaskan sahabat aku tu.
Dan kawan aku ni pon kabo kat aku malaikat x masuk rumah woooo. Alamak!! parah ni.
Nabi pon pernah menegur Isterinya; Siti Aishah R.Ah berkenanaan tentang lukisan:
Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata,“Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Lagipon hiasan gambar, lukisan atau patung yang dibuat menyerupai makhluk yang hidup
seperti binatang dan manusia adalah haram melainkan hiasan berupa tumbuh-
tumbuhan. Terdapat hadis yang menyatakan:
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Dalam hadis diatas ade menyatakan binatang juga diharamkan untuk berada dirumah,
tetapi bukan semua binatang haram dibela atau disimpan di dalam rumah ianya cuma
ANJING dan BABI kerana ianya binatang kategori NAJIS MUGHALLAZAH.
Selain itu pengukir atau pembuat patung dan arca berupa manusia, haiwan dan makhluk
bernyawa juga dikecam dan haram. Penyimpanan patung didalam rumah juga haram.
Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:“Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).” (Hadits Bukhari dari Muslim)
Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin
‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Shallallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya,
bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”
Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau
binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang
adalah haram dengan ijma’ seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan
wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya.
Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang
kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir.
Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:
“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung)diazab / diseksa
dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh
sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.
KECUALI jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi
tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu.
Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja
daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
dan dipusat-pusat pengajiantinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung
atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan,
kerana diperlukan (hajat), sama ada daripadabatu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya.
Kelonggaran atau pengecualian ini adalah berdasarkan hadits Bukhari dengan sanadnya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu katanya:
“Aku bermain-main anak patung di sisi Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku ada beberapa orang
kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam membiarkan mereka
bermain –main denganku.”
Hadits ini diterbitkan oleh Abu ‘Awanah dan lainnya. Juga Abu Daud dan Nasa’i ada
meriwayatkan cerita lain daripada ‘Aisyah (yang menunjukkan ada patung-patung mainan
kepada ‘Aisyah) katanya:
“Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada peperangan Tabuk dan Khaibar, lalu diceritakan kisah di mana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menurunkan kain yang direntangkan pada pintunya, di sini Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat di sebalik kain rentang itu ada beberapa anak patung perempuan mainan kepada ‘Aisyah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini wahai ‘Aisyah?” Jawabnya: “Anak-anak patung perempuan milikku.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat pula kepada patung kuda dalam keadaan terikat ada baginya dua sayap! Maka Rasulullah bertanya: “Apa ini?” ‘Aisyah menjawab: “Kuda.” Kata Rasulullah: “Kuda ada dua sayap!” Jawab ‘Aisyah: “Tidakkah Tuan pernah dengar bahawa ada bagi Nabi Sulaiman kuda-kuda yang mempunyai beberapa sayap? Maka rasulullah tertawa.”
Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi
benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang
dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya
bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap.
Wallahualam.
Akhir kata aku rasa penjelasan aku sekadar info tipis2 untuk pembace laman blog aku ni.
Ada baiknye korang dapatkan lagi info lebih dalam untuk pengetahuan dan ilmu
untuk diri kome, ahli keluarga dan sahabat. Ape2 pon tegur-menegur, pesan-berpesan
dan berkongsi ilmu itu lebih baik dari taw nak kondem je kan. Hahaha.
ASSALAMUALAIKUM.
No comments:
Post a Comment