Photobucket

Wednesday, 11 July 2012

FREEMASON, ILLUMINATI DAN ZIONIS.

-ASSALAMUALAIKUM-

SALAM SEJAHTERA AKU UCAPKAN KEPADA ANDA YANG MENJENGAH SEMENTARA KE BLOG AKU NI. APA YANG AKU NAK SAMPAIKAN HANYALAH PENYAMPAIAN DARI PENYAMPAI SEAGAMA YANG SENTIASA CUBA UNTUK MENYAMPAIKAN KEBAIKAN. Apa yang aku sampaikan diharap korang akan melakukan rujukan yang selanjutnya khuatir terdapat kekhilafan hasil dari penyampaian aku yang boleh memesongkan akidah. Tetapi NIAT aku adalah satu iaitu CUBA MENYAMPAIKAN PERKARA DAN PERINGATAN YANG BAIK TERHADAP RAKAN SEAGAMA. Sekiranya terdapat KEKURANGAN diharap korang berikanlah teguran dan tunjuk ajar yang benar kepada aku.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104

Kembali kepada tajuk utama, Apakah itu FREEMASON? Dan apakah kaitannya dengan ILLUMINATI DAN ZIONIS (ZION+ISRAEL)??
FREEMASON adalah sebuah pertubuhan ORGANISASI PERSAUDARAAN ANTARABANGSA. Mula ditubuhkan pada 1717. Terdapat juga idea dari peneliti barat yang mengatakan bahawa FREEMASON sudah lama ditubuhkan iaitu sejak abad ke-14 ketika KNIGHT TEMPLAR dihapuskan oleh Raja Perancis; Philipe Le Bel dan Paus Clement V. FREEMASON adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia. Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu AJARAN SESAT YAHUDI yang diwarisi dari era FIRAUN MESIR DAN ERA BABILON KUNO. SIHIR ADALAH INTIPATI AJARAN Kabbalah dan ini membawa kepada PENYEMBAHAN SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan. Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.  FREEMASON  mempunyai PERINGKAT-PERINGKAT PENYERTAAN (LEVEL). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin  DOKTRIN SATANISM DAN MISTIK Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan MENYEMBAH IBLIS sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah DAJAL LAKNATULLAH.

LAMBANG FREEMASON. Terdapat Jangka Ukur dan Sesiku L.
Maksud huruf G dari maklumat yang aku dapat bermaksud God, Gold, Glory.

ILLUMINATI (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah ORGANISASI SULIT TERHASIL DARI GABUNGAN PERTUBUHAN KAUM PAGAN khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. ILLUMINATI  pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat. Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Simbol ILLUMINATI. Gambar MATA didalam segi tiga piramid bermaksud
THE ALL-SEEING EYE.

ZIONIS adalah sebuah pergerakan yang telah lama beroperasi, tetapi secara rasminya diasaskan oleh seorang jurnalis Yahudi Hungary iaitu Theodor Herzl pada tahun 1896. Matlamatnya adalah agar orang2 Yahudi kembali ke Eretz Yisrael, atau Zion.  Nama  ZIONIS diambil DARI NAMA SEBUAH BUKIT IAITU BUKIT ZION, sebuah bukit di mana Kota Jerusalem berada. Penyokong2 pada pergerakan ini dipanggil ‘Zionists’. Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya DER JUDANSTAAT (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini. Pada hari ini, secara kasarnya seramai 40% penduduk Yahudi di dunia tinggal di Israel. Dan 40% lagi tinggal di Amerika Syarikat. Zionis berbeza dengan Yahudi yang berpegang kepada kitab Perjanjian Lama (YAHUDI ORTODOKS), kerana  ZIONIS ADALAH SUATU BADAN SEKULAR YANG CUBA MEMISAHKAN AGAMA. Ianya dipengaruhi oleh ILLUMINATI iaitu satu pertubuhan besar yang ingin menakluki dunia suatu masa nanti. Yahudi yang berpegang teguh dengan Perjanjian Lama menganggap perbuatan Zionis merampas bumi Palestine dan membunuh ramai jiwa itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

APAKAH KAITAN ANTARA MEREKA SEMUA? Mereka adalah puak yang wajib diperangi oleh umat MANUSIA kerana mereka adalah tunggangan dan tentera-tentera yang akan berjuang untuk DAJAL, SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH. Untuk rujukan lebih lanjut korang boleh la menonton dokumentari THE ARRIVAL. Insya-Allah akan banyak maklumat yang akan saudara-saudaraku semua dapat ketahui.

No comments:

Post a Comment