Assalamualikum kepada pembaca entri aku yang simple sengkek dan tak semegah blogger atau kaki tenet tegar di seluruh pelusuk, ceruk, lubang, celah dan mana-mana tempat di planet bumi ni. Ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke blog aku walaupun aku taw memang kebarangkalian pun adalah sukar blog aku dikunjungi umat-umat kaki tenet. Tapi dengan semangat yang penuh wibawa dan kesungguhan yang tiada tolok bandingannya, aku terus menerus akan menaip untuk memastikan akan ada entri untuk aku terbitkan.
Apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku pulang ke kampung halaman untuk berhari raya sewaktu beberapa tahun dahulu kebarangkalian pada tahun 2017. Ya, aku pasti pada tahun 2017. Aku pasti korang rasa tertipukan? Ok, sebenarnya ianya terjadi sebelum aku berkerja sebagai kakitangan gomen. Tahun tu adalah tahun terakhir aku berkerja sebagai juruteknik disebuah syarikat perkapalan iaitu pada tahun 2009. Aku merupakan seorang pekerja yang cemerlang lagi gemilang hingga tak terbilang di syarikat tersebut. Secara terus dan terang lagi bersuluh dan dengan penuh perasaan bongkak dan bernafsu aku mengakui bahawa aku ni memang antara pekerja terbaik disyarikat tersebut sehinggakan Boss aku nak bagi jawatan dia kat untuk menerajui syarikat tapi aku menolak tawaran beliau dengan perasaan angkuh dan takbur kerana aku aku tidak memerlukan pangkat serta darjat untuk berkerja.
Jadi aku ingin pulang ke kampung halaman menemui keluarga aku yg berada nun disana. Aku ingin selalu bersama keluarga ku namun disebabkan kesibukan kerja yang sentiasa menginginkan khidmat dari aku yang kacak lagi tampan dan berkaliber serta berkarisma tapi tiada kaitan dengan modenas karisma yg direka untuk kelihatan dungu dan menjengkelkan aku sukar untuk mempunyai lebih masa besama keluarga ku yang tercinta, Maka pada tahun ini aku berazam untuk pulang ke kampung.
Tiba pada hari dan waktu serta masa yang dinantikan aku telah bersiap-siap untuk pelang menemui kedua ibu bapaku. Aku telah memohon cuti yang agak panjang sekitar dalam dua minggu, pada mulanya agak sukar cutiku hendak diluluskan. Namun setelah aku tempeleng kepala Boss aku sehingga beliaun tenat barulah permohonan cuti aku diluluskan dan aku memberikan 2 batang coki-coki kepada Boss aku sebagai tanda maaf dan jutaan terima kasih atas kekasaranku dan jasa beliau padaku.
Sebelum memulakan perjalanan aku memeriksa kerata Peroton Saga Belum Lagi Matang (BLM) yang dibeli secara hutang untuk memastikan keadaan kereta aku selamat dan sejahtera hendaknya bila dipandu nanti. Almaklumlah, soal keselamatan amatlah aku titik beratkan dalam apa jua aspek mahupon rohani dan jasmani. Kereta aku juga baru semalam diservis untuk persediaan sebelum pulang ke kampung namum semasa aku menghantar kereta untuk diservis, satu kekecohan telah berlaku antara aku dan pomen bengkel. Ianya terjadi bilamana pomen tersebut tidak dapat menservis kereta aku mengikut apa yang aku kehendaki. Bak kata pepatah bisnes, Kastemer Olweys Rait (customer always right). Namun pomen tersebut tetap berdegil dengan keputusannya maka satu pergaduhan telah berlaku bilamana aku mula naik berang dan meluru kearah pomen itu umpama ayam lapar disuap nasi, ibu dirumah tak bangun lagi. Lantas perbuatanku dihalang oleh beberapa orang yang ada di bengkel itu, lalu seorang brader datang kepadaku untuk meredakan keadaan kemudian dia bertanya kepada aku apa punca perkelahian kami. Aku dengan perasaan jujur dan amanah serta tawadhuk menjelaskan pada brader tu bahawa aku menyuruh pomen tu pastikan bila kereta ku sudah diservis ianya beroperasi setaraf BMW 5siri tetapi pomen tersebut mengingkari kehendaku dan aku menjelaskan Kastemer Olweys Rait.
Namun tanpa segan dan silu setelah mendapat penjelasan aku, brader tu menyiku kepala aku sehingga beberapa ketul sel otak terkeluar dari lubang telinga aku. Aku menjadi bengong Sebentar. Kembali pada cerita asal, sebelum memulakan perjalanan aku menghubungi ibu ku yang berada dikampung.
"Helo assalamualaikum mak, Ni along. Along on de wey ke umah mak. Mak, along nak mintak tolong skit kat mak buatkan jamuan skit-skit malam nanti sempena along balik ni." kata ku pada ibuku.
"Waalaikumsalam. Along, sebenarnya mak ada bende nak story kat ko nih. Balik cepat sikit ye, Bye." lantas ibuku memutuskan panggilan. Hatiku berdebar resah tak keruan. Aku berpeluh deras memikirkan kata-kata ibuku sehingga basah seluarku akibat peluh dan aku terpaksa berhenti beberapa kali ditepi jalan untuk membuang peluh aku yang membanjiri ruang kereta aku. Sambil-sambil aku berhenti aku usha awek-awek yang lalu lalang sekitar jalan sambil aku menunjukkan wajah tampan ku kepada mereka.
Akhirnya aku tiba dikampung halaman ku di Seri Manjung, Perak. Setibanya dihalaman rumah aku membuat putaran 360 dengan kereta aku dihadapan perkarangan rumah orang tua ku untuk dipertontonkan kepada jiran-jaranku sambil mengangkat-angkat kening aku supaya diorang berbulu dengan kehebatan aku. Sejurus itu aku memarkir kerata aku dihalaman sambil diperhatikan ibuku tanpa sebarang riak ekspresi pada wajah sucinya cuma yang membingungkan aku terdapat banyak pinggan digendong ibuku. Aku dengan penuh rasa semangat waja umpama kereta waja yang disumpah menjadi evo 6,7 dan juga 8 aku menderu pantas kearah ibuku lalu kukucup tangan ibuku dan kudakap erat ibuku untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang ku kepada orang tuaku. Kemudian aku teringat akan kata-kata ibuku kepada ku lalu aku bertanya perihal apakah yang ingin dikatakan beliau.
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku, hatiku bimbang, resah dan walang. Dengan tidak semena-mena ibuku melontarkan satu persatu pinggan yang dikendongnya kearah kepalaku umpama naruto membaling kunai. Meletup-letup pinggan dikepalaku sambil ibuku bertempik "ko ni dah kenapa??? nak kenduri punya bagai??? opis ko sebelah umah mak, dah tu ko kerja dengan bapak ko. Yang ko ngade-ngade nak menyewa umah lain tu kenapa?? 15 minit je umah sewa ko ke umah mak, bukannye jauh mana. nah amek ko kenduri!!!" lantas pinggan kaca yang 24 terbang pantas hinggap ke kepalaku dan pecah berderai. Aku terus lari mencari tempat persembunyian. Itulah kisah aku pulang kekampung. Tragis tak?
No comments:
Post a Comment