"Durian", sebut saja pasal durian semua orang mesti terkenang kelazatannya samada dimakan begitu sahaja, dibuat pengat, tempoyak, jem atau apasaja bentuk asal boleh dimakan dan terus masuk kedalam perut-perut setiap insan. Tetapi ada juga yang alahan dan tidak gemar dengan durian dari segi faktor usia, bau, politik mahupun apasaja alasan yang mengatakan mereka tidak gemar pada durian. Bila ditanya pada aku akan tentang durian nih memang aku la penggemar fanatik buah durian di muka bumi ini bahkan disebabkan buah durian aku sanggup bergaduh dengan pembeli lain disebabkan ingin membeli 3 biji durian walhal masih banyak lagi dijual buah durian yang dijual oleh peniaga. Akan tetapi ingin menunjukkan aku ni seorang DieHardFan durian, aku sanggup melakukan perkara sedemikian rupa waima sebutir durian mahupun aku sanggup bertikam dengan member aku sekiranya mereka mengambil bahagian aku tanpa kerelaan dari aku sendiri. Kini aku sudah kekurangan kawan disebabkan hanya buah durian. memang benar katak-kata orang tua walaupun kedengaran menipu semata-mata iaitu buah durian ini berhantu.
Jadi apa yang ingin aku kongsikan disini adalah apa yang engkau orang semua taktau pasal durian. Janganlah korang sesekali mengakui bahawa korang ni peminat setia durian kerana dikhuatiri pengakuan korang itu mengundang kecelakaan dari aku, paham. Okey, jadi inlah apa yanga aku nak ceritakan perihal tentang durian kat korang, saksikan:
Meskipun beliau ataupun durian dilabelkan sebagai Raja Buah-buahan tetapi tiada sebarang hari pertabalan, tiada adat istiadat diraja mahupun cuti umum sempena hari keputeraan untuk Raja Buah-buahan sedang beliau menyandang jawatan RAJA. Selain itu sekiranya durian durian menyandang jawatan RAJA, buah apakah yang menyandang jawatan bendahara, hulubalang, temenggong, laksamana dan hamba abdi serta lain-lain jawatan? Konfiuskan??
Kita tidak pernah sebarang berita dan rekod jenayah serta kesalahan waima tiada langsung dengan kaitan pinjaman bank termasuk bank negara dan dunia akan tetapi durian dilarang dibawa masuk ke kapal terbang, pengangkutan awam, hotel-hotel dan mana-mana tempat yang berprofil tinggi. korang tau ke??
Tiada sebijik durian pun pernah pergi ke sekolah memasuki KELAS dan menduduki apa jenis perperiksaan rendah ataupun tinggi dan untuk ke Institut Pengajian Tinggi lagilah mustahil. Akan tetapi dalam keadaan sedar atau halusinasi adakah korang perasan atau merasai atau juga melihat mahupun memerhati harga sebutir durian diKELASkan mengikut GRED. Ada korang nampak??
Walaupun Durian mempunyai bau-bauan yang sendiri tetapi tidak ada satupun syarikat perfume membuat mana-mana haruman dari buah durian. Contohnya perfume Channel no.5 dengan haruman durian, pernah korang nampak?? Sedangkan bau durian amat digilai oleh mana-mana penggemar durian betul tak??
Kebanyakan kita tahu bahawa orang luar terutamanya mat saleh dari amareka atau eropah cukup tak gemar dengan durian dan kenapa boleh ada durian yang terlepas ke belanda iaitu durian belanda. Sedangkan ianya buah-buahan dihutan tropika yang kebanyakan hanya didapati dinegara asia dan apakah hubungan durian biasa dan durian belanda?? Adakah mereka berasal dari keturunan yang sama, mungkin mereka ini keturunan durian SIAM atau durian TEMBAGA? Manalah tahukan??
Jadi itu jelah yang aku nak cerita pasal durian. Aku harap Info aku ni amat berguna kat korang. Like dan jangan lupe join jadi gerup blog aku. Wassalam.
No comments:
Post a Comment