Photobucket

Tuesday, 28 May 2013

Cerpan (Cerita Panjang): Tiada Sudah.

Dihening pagi yang nyama aku membuka jendela kayu rumahku dan menikmati aura angin pagi yang dingin membelai tubuhku setelah usai aku melaksanakan fardhu subuh. Aku terus berdiri dijendela membiarkan sinar mentari pagi menjamahku bersama berjuta kenangan lama yang terus menerus mengimbau di benak fikiranku. Memang nyaman dan adalah satu keuntungan menikmati permulaan hidup diawal hari dengan nikmat kesegaran pemberianNYA. Namun hatiku masih terasa kekurangan seperti ada sesuatu yang masih belum memuaskan hatiku. Kadang kala terasa amat membebankan jiwaku namun jika aku usahakan untuk membuang kegusaran jiwa ku ianya berjaya tetapi tidak kekal lama.

Kedengaran ibuku memanggil dari dapur menjemput untuk menjamah sarapan yang telah dia hidangkan. Setelah tiba didapur, aku melihat 2,3 jenis kuih dan mee goreng terhidang diatas meja makan. Aku terus makan menjamah makanan yang terhidang tetapi hanya sedikit sahaja yang aku makan. Ibuku bertanya mengapa aku menjamah hidangan yang dia hidangkan cuma sedikit sahaja, namun aku terus berlalu dan terus ke bilikku bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku melihat uniform sekolahku sudah tersedia bergantung diampaian sejadah di dalam bilikku, baru aku teringat bahawa ibu yang menggosokkan bajuku. Yang sebenar, kebiasaannya aku yang menggosok bajuku sendiri dan ibu sudah melatih aku sejak dari darjah empat lagi. Kini aku sudah tingkatan tiga dan bakal mengambil PMR. Aku terus mengenakan pakaian sekolahku, sebelum beredar aku bersalam dengan ibuku lantas memberi salam dan aku berlalu untuk ke sekolah. Ianya rutin biasa yang aku lakukan setiap hari sebelum  ke sekolah.

Seperti biasa sudah kita tahu  bahawa tugas seorang ibu akan menjadi suri di dalam rumah dimana segala kerja mengurus hal ehwal rumah tangga menjadi tanggungjawabnya. Selapas sudah sesi persekolahan aku pulang ke rumah, seperti biasa aku akan menjengah ke dapur dahulu untuk melihat hidangan apa yang ibu ku sediakan sebelum aku menukar baju sekolahku. Hari ni terdapat sedikit kelainan kerana bila aku tiba di halaman rumah ibu tiada menanti aku di muka pintu namun aku tidak endahkan. Bila aku jengah kedapur aku lihat diatas meja makan kosong tiada apa-apa juadah untuk tengah hari ini. Aku tertanya-tanya kenapa perkara seperti ini berlaku lalu aku memanggil ibu namun tiada jawapan. Berulang kali aku memanggil dan akhirnya aku meninggikan sedikit suara memanggil ibu namun tetap sama. Aku merasa sedikit aneh kerana sekiranya ibu keluar takkan pintu rumah ditinggalkan tanpa dikunci, akhirnya aku mengambil keputusan ke bilik ibu. Tiba dibilik ibu aku melihat ibu sedang tidur, hati ku terasa sedikit panas lantas aku mengejutkan ibuku dan dia tersedar. Ibu menyatakan yang dia tidak berapa sihat, aku pun tidak bertanya banyak lalu keluar dari rumah menuj ke kedai makan untuk mengisi perut aku yang agak kebulur.

Keputusan PMR telah keluar, aku mendapat keputusan yang agak cemerlang bagi budak kampung seperti aku. Dari lapan mata pelajaran aku mendapat 6A dan 2B. Sudah tentu keputusan ini amat membanggakan aku serta keluargaku lagi-lagi ibuku. Ibu dan bapa ku menghantarku ke sekolah untuk mengetahui keputusan ku lebih awal. Ibu memelukku menzahirkan rasa gembiranya akan keputusan PMR aku yang agak cemerlang namun aku hanya membalas sekadar ala kadar dan kemudian aku menemui rakan-rakanku yang lain untuk bertanya tentang keputusan mereka. Agak lama ibu bapa ku menanti aku yang sedang leka berbual bersama kawan-kawan kemudian seorang kawan aku memberi cadangan untuk pergi meraikan kejayaan kami. Aku pergi mendapatkan kedua orang tuaku lantas memberitahu tentang rancangan kawan-kawanku kepada mereka. Ayah tidak berkata apa dan ibu pula hanya tersenyum kemudian memesan supaya aku pulang awal, aku hanya mendengar sahaja kemudian aku berlalu meninggalkan mereka.

Aku pulang agak lewat, kalau tidak silap aku sesudah maghrib aku pulang ke rumah. Sewaktu aku melewati dapur untuk ke bilik aku melihat banyak juadah makanan kegemaran aku. Kemudian ibu memanggilku untuk makan namun disebabkan badan aku terlalu letih aku menolak pelawaan ibu dan aku terus memasuki bilik untuk tidur bagi merehatkan lelahku setelah berseronok bersama kawan-kawan.

Pada satu hari, aku diserang demam denggi dan terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Ibu lah insan yang sentiasa menemani aku disaat aku terlantar di hospital. Sewaktu ayah kerja, ibu akan meminta bantuan jiran untuk menjaga 3 orang adikku yang mana masih bersekolah. Ibu akan pulang sebentar untuk menyiapkan makanan untuk adik-adikku untuk juadah makan tengah hari dan malam untuk mereka dan ibu akan kembali ke hospital bersama makanan untuk aku. Aku merupakan anak kedua dalam keluargaku dan aku mempunyai seorang kakak tetapi dia sudah meninggal semasa berumur 8 tahun kerana asma. Setiap masa semasa aku terlantar di hospital dalam keadaan lemah ibulah insan yang banyak menguruskan diri aku. Bacaan surah Al-Quran dan Yassin tidak lekang dari bibirnya, aku lihat kesungguhan ibuku itu akan tetapi dalam keadaan aku yang tidak bermaya aku tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Beberapa tahun kemudian aku telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dan telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Ianya tidaklah mengambil masa terlalu lama kerana aku merupakan lepasan Matrikulasi maka masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tidaklah terlalu lama. Ibu tidak dapat bersama untuk berkongsi kegembiraan akan kejayaan aku kerana tidak sihat dan hanya adik-adikku yang datang sebagai wakil serta menyampaikan salam dari ibu dan ayah tetapi ianya bukanlah sesuatu yang besar untuk aku meraikannya kerana aku masih ditemani kekasih aku.

Kini aku sudah berkerja sebagai pengurus operasi di sebuah syarikat elektronik besar dari Jepun yang bertapak di negara kita. Memang gaji yang ditawarkan sungguh lumayan akan tetapi kekangan masa untuk aku bersama keluarga agak sukar kerana aku sibuk dengan kerjaya aku. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan hanya beberapa kali sahaja aku menghubungi keluargaku disana melalui talifon bimbit yang aku belikan kepada kedua org tuaku. Ayahku kini tidak lagi berkerja kerana sudah uzur manakala adik-adikku sudah melanjutkan pelajaran di menara gading dan seorang adikku dapat melanjutkan pelajaran di luar negara dengan bantuan biasiswa dari sebuah pertubuhan NGO. Namun aku sentiasa mengirimkan sejumlah wang yang cukup untuk perbelanjaan orang tua ku tiap-tiap bulan. Aku bercadang untuk menghantar kedua ibubapa ke mengerjakan ibadah haji, aku sudah mendaftarkan nama mereka di Tabung Haji dan hanya menunggu giliran.

Aku tersentak apabila isteriku menegur dari belakang, segala lamunanku di jendela berderai. Aku melihat anak ku yang ketiga terpisat-pisat matanya yang masih mamai kerana baru bangun tidur. Isteriku menjemput untuk bersarapan bersama ayahku di dapur. Aku sedang bercuti di kampung namun ibuku sudah lama pergi meninggalkan kami berjumpa yang Maha Esa. Ibu meninggal dunia 5 bulan sebelum aku melangsungkan perkahwinan bersama isteriku akibat sudah lama menderita sakit kanser hati dan aku hanya tahu setelah mendapat laporan dari doktor yang menguruskan jenazah ibu. Dalam tahun yang sama tiba giliran ibu dan ayah untuk ke Mekah namun bukan rezekinya. Kini tiada sudah lagi gelak tawa, senyuman, perhatian dan kasih sayang dari ibu. Tiada sudah~

kalau cerita ni kurang best bagilah pandangan dan cadangan, SEKIAN.


Wednesday, 22 May 2013

Kisah Dan Kehidupan: Wabak Sindrome Tahi Yang Berleluasa.

Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera dan salam bersalaman.
Aku memang terus menulis entri tanpa aku kesah walaupun tiada pengunjung yang nak membaca blog aku yang memang sengkek idea nih. Sebenarnya bukan mudah nak menerbitkan sesuatu karya yang boleh menarik minat orang lain melainkan kalau kita memang ada kuase magik yang boleh mengkontrol sel otak2 orang lain. Kedengaran seperti tidak munasabah, namun ianya memang tak masuk akal pon.

Sejak setahun dua nih aku dapat memerhatikan gelombang K-Pop amat hebat dinegara kita. Dahulu aku juga hampir terjerumus kedalam kancah aneh pelik tersebut namun atas kesedaran iman aku yang masih tersisa aku terselamat dari wabak tahi ini. Aku bukanlah anti dengan K-Pop, akan tetapi aku semak dengan mereka2 yang terlalu mengangkat tinggi darjat K-Pop itu sehingga ke tahap aku pon tak tahu nak labelkan macam mane jadi aku gelarkan "SINDROM TAHI". Aku gelarkan begitu disebabkan aku terlalu jelik sehingga ianya mendatangkan perasaan mual pada kebanyakan orang2 dewasa yang matang dan telah mumayiz akan perilaku kanak2 dan remaja yang terlalu terikut2 dengan gelombang K-Pop. Golongan2 inilah yang terlalu memartabatkan budaya K-Pop sehinggakan dari segi perbuatan dan tingkah laku serta tindak balas kimia tubuh ditiru bulat2 dan disemai didalam diri. Selain itu fesyen K-Pop turut menjadi ikutan dan dijadikan sebagai trend dan trade mark diri mereka.

Pernah aku ditegur secara agak kurang peribahasa dan tatabahasa oleh golongan taik ini akan perkara tentang pakaian aku. Diorg mempertiikaikan aku berjubah semasa membeli belah sempena persiapan raya pada tahun lepas dengan mengatakan jubah adalah pakaian yang kolot. Aku sebenarnya terus ke Mall selapas selesai Tarawikh dan berbalik pada cerita asal, aku pun suruh budak tu ulang ape yang dia cakap. Belum sempat dia menghabiskan ulangtayang percakapannya terus penumbuk aku hinggap ke muka dia kemudia disusuli dengan serangan lutut berapi aku. Dalam sekelip mata budak tu menjadi debu, rakan2nya bertempiran bagaikan tikus berlari mencari perlindungan bila diserang helang manakala orang disekelilingku tergamam dan ada juga yang pengsan serta ada juga yang diserang sakit jantung kerana terkejut. Namun yang aku paling yakin korang pon tetapi sakit iaitu sakit hati dengan penulisan aku yang hilang arah tuju bagai kapal yamg patah layarnya.

Aku taklah sekejam tu, aku cuma mengatakan memakai jubah adalah salah satu daripada sunnah nabi. Sekiranya taknak ikut bukan satu dosa besar akan tetapi menjadi satu dosa besar bagi sesiapa yang menghina, mempersenda sunnah nabi dan agama. Ianya boleh membatalkan iman dan menyebabkan murtad secara tidak sengaja. Jika inginkan kepastian rujuk pada yg berkenaan yakni ahli agama. Justeru, setelah mendengar penjelasan dariku, budak itu melutut padaku lantas aku mengambil kesempatan memijak kepala budak itu dihadapan orang ramai dengan megahnya. HAHAHA, ni dah melalut. Yang sebenarnya budak tu memohon maaf pada aku akan kesilapan dia. Alhamdulillah terbuka jugak hati dia dengan teguran aku. Aku bukanlah orang yang baik tetapi kita kena saling tegur menegur dan salong memperingati antara satu sama lain.

Dan yang paling ketara sekarang ni adalah wabak GWIYOMI yang aku tengok hebat menjadi ikutan sehingga ade yang memuatnaik ke laman sesawang youtube untuk menarik perhatian orang ramai. Ramai yang buat video gwiyomi selain dari para remaja tidak ketinggalan juga para artis yang nak interframekan diri, tak cukup dengan berlakon kat tv dah tu kat youtube pon nak interframe. Dah la lakonan tak mantap serta tak best, ade hati nak menginterframe secare sok sendirian. Lagipon bukan comel pon pada insan2 yang buat semua tu dan orang seperti ni sebenarnya terkena jangkitan kuman bakteria dari BOBO. Tapi ape boleh buat, ianya hak masing2.

Benarlah apa yang UAI (Ustaz Azhar Idrus) kata, hiburan tanpa sempadan atau batasan boleh menjadi najis yakni haram. Cubalah kita fikirkan sejenak, mengapa kita perlu terikut2 dengan  budaya orang lain sedangkan kita telah dilahirkan dengan identiti diri sendiri. Sekiranya kita mengubah diri kita untuk menjadi orang lain bermakna kita merasakan identiti diri kita tiada harga. Be your self la, kalau nak berubah sangat korang tiru la peribadi Nabi Muhammad S.A.W. Kalau tak dapat banyak sikit pon boleh sebab Baginda mmg idola sepanjang masa.

Islam tak pernah menghalang kita dari berhibur tetapi ianya haruslah menjaga batasan agama kerana setiap kelakuan kita mencerminkan agama kita. Bila kita terlalu mengikut kehendak hati nescaya kita akan terus lalai sehingga kita lupa siapa diri kita dan apakah tujuan hidup kita. Cakap memang senang, nak buat memang susah la kan? Apa pesan aku Usaha tangga kejayaan.

Sekian saja karangan aku yang main tulis je. Kome layan la ----> Gwiyomi Parodi ni. WASSALAM.

Monday, 13 May 2013

Kisah Dan Kehidupan: Televesen ataupun Televisyen ataupun TV.

Assalamualaikum kepada insan2 yang tersinggah kat blog cabuk aku. Aku bukannye aktif pon nak update blog. Entri kali ni buat pertama kali dalam tahun 2013 adalah inilah yang pertama kalinya blog aku diisi entri yang amat paling terbaru. Aku cadang nak buat blog merapu sebab bersesuaian dengan minda serta jiwa aku tapi ianya tidaklah seiring dengan kematangan serta karisma dan juga perwatakan aku.

Pilihan Raya pun baru sudah setel menutup tirai tapi masih lagi berkumandang cerita-cerita berkaitan dengannya. Malah turut ditayangkan di stesen media luar negara perihal PRU kali ini. Aku ni bukanlah seorang yang PRO-Gomen mahupun PRO-Pembangkang ataupun PRO-sak undi ataupun jua yang sewaktu atau satu time dengan pernyataan itu. Ape aku merapu ni??? Korang baca je lah.

Mengenai TV yang aku nak cerita, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya adalah musim suram bagi sesiapa yang mempunyai TV tanpa melanggan Astrok kerna terpaksa menyantap iklan2 kempen2 dari kerajaan melebihi iklan sabun basuh pinggan mahupun pencuci pakaian. Namun nasib baiklah aku melanggan Astrok Super Pek 1 dengan yuran bulanan dibayar oleh kawan aku jadi dapatlah aku menonton serta merekod rancangan varieti RunningMan dan menontonnya berulang kali sehingga muntah darah disamping mengidap barah mata akibat menonton cerita yang sama. Akan tetapi aku bukanlah taik K-POP. Bagaimanapun aku rasakan ianya lebih berbaloi daripada aku terlibat dalam kancah kempen yang tak sudah serta cerita melayu yang jalan ceritanya yang sama cuma apa yang beza adalah pelakonnya tetapi bosannya tetap sama. Aku bukanlah seorang yang cerewet tetapi bila aku hendak menonton berita adalah sama sekalinya bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini  seperti berita global dan berita sukan. Apa yang menerkilankan aku adalah sebanyak 55minit masa kehidupanku hanya dibazirkan dengan kempen parti dacing timbang kati dan buruk-memburukkan anggota parti lain. 5minit sebelum tamat berita itulah waktu kemasan paling berharga pada aku untuk menonton berita kerana pada waktu 5minit sebelum berita tamat barulah maklumat sukan disampaikan dalam keadaan sepantas kilat.

Begitulah perjalanan berita di TV1,2,3,4,5,6,7,8.9 dan seterusnya semua politik semata2. aku cukup boring yang amatlah tersangat. Bila tengok drama melayu memang selalunya akan membuat aku tak kering gusi memaki hamun akan arahan cerita yang amatlah merapu. Jalan cerita anak derhaka, isap dadah, dunia koprat, perebutan harta, tamak haloba, percintaan tak ingat agama, makan dua orang tapi lauk penuh satu meja, projek juta2, songlap duit, orang bandar jadi bengong bila masuk kampung, meating 2, 3 orang bercakap tu pon kejap, cite hantu, bomoh sihir sana sini dan paling tak boleh blah buat cerita lawak tapi de bende aku nak gelakkan. Bab-bab drama melayu kisahnya memang gagal tapi ade la sehiris dua yang ok. Tapi kalau filem melayu tak banyak la yang mengecewakan, overall ok la mcm cerita masyarakat kebanyakan arahan mamat khalid dan sekarang nih cerita aksi pon ok tapi paling aku tak boleh terima filem cinta dan drama cinta, kebanyakan khayalan semata-mata dan takde landasan agama mahupon landasan kereta api.

Jadi kawan-kawan aku menyarankan aku melayan cerita tamil, walaupun babak begaduhnya penuh penipuan tetapi apa yang dikisahkan adalah realiti kehidupan. Terus terang aku adalah antara peminat filem tamil walaupon pelakon diorang sorang pon aku tak kenal melainkan Rajinikan. Selain itu Hindustan juga tidak kurang hebatnya, sangat dramatik dan amat menarik. Walaupun banyak menipu tahap tak ingat akhirat namun adalah lebih baik dari merosakkan mata menonton drama melayu. Bergaya bukan main tahap macam tak ada didikan agama tapi lakonan biasa dan tak seiring dengan kehebatannya mendedahkan aurat sana sini walaupun didaftarkan didalam I.C beragama Islam. Mungkin sebab diorang ingat diorang ni melayu je kot? Aku pun tak tahu.

Dan yang paling menarik, keramaian yang menonton tv walaupun sudah melanggan astrox akan tiba satu masa mereka akan merasakan langsung tiada siaran mahupun cerita yang hendak ditonton walaupun kampeni astroy sudah menyajikan berpuluh ratus siaran untuk ditonton akan tetapi setelah dialaihkan satu per satu chanel tv sehingga masuk kedalam menu mereka akan berkata "tak ade cerite nak ditengok" dan itu adalah jawapan yang amatlah menarik serta dilafazkan dengan penuh rasa bodoh dan sangat berkeyakinan. Begitulah kebanyakan sikap kita terhadap Televisyen. Ini je lah yang aku nak cerita pasal TV.

Terima Kasih lah menjengah ke blog aku yang sepi ini. Sekian je lah.