Photobucket

Monday, 13 May 2013

Kisah Dan Kehidupan: Televesen ataupun Televisyen ataupun TV.

Assalamualaikum kepada insan2 yang tersinggah kat blog cabuk aku. Aku bukannye aktif pon nak update blog. Entri kali ni buat pertama kali dalam tahun 2013 adalah inilah yang pertama kalinya blog aku diisi entri yang amat paling terbaru. Aku cadang nak buat blog merapu sebab bersesuaian dengan minda serta jiwa aku tapi ianya tidaklah seiring dengan kematangan serta karisma dan juga perwatakan aku.

Pilihan Raya pun baru sudah setel menutup tirai tapi masih lagi berkumandang cerita-cerita berkaitan dengannya. Malah turut ditayangkan di stesen media luar negara perihal PRU kali ini. Aku ni bukanlah seorang yang PRO-Gomen mahupun PRO-Pembangkang ataupun PRO-sak undi ataupun jua yang sewaktu atau satu time dengan pernyataan itu. Ape aku merapu ni??? Korang baca je lah.

Mengenai TV yang aku nak cerita, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya adalah musim suram bagi sesiapa yang mempunyai TV tanpa melanggan Astrok kerna terpaksa menyantap iklan2 kempen2 dari kerajaan melebihi iklan sabun basuh pinggan mahupun pencuci pakaian. Namun nasib baiklah aku melanggan Astrok Super Pek 1 dengan yuran bulanan dibayar oleh kawan aku jadi dapatlah aku menonton serta merekod rancangan varieti RunningMan dan menontonnya berulang kali sehingga muntah darah disamping mengidap barah mata akibat menonton cerita yang sama. Akan tetapi aku bukanlah taik K-POP. Bagaimanapun aku rasakan ianya lebih berbaloi daripada aku terlibat dalam kancah kempen yang tak sudah serta cerita melayu yang jalan ceritanya yang sama cuma apa yang beza adalah pelakonnya tetapi bosannya tetap sama. Aku bukanlah seorang yang cerewet tetapi bila aku hendak menonton berita adalah sama sekalinya bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini  seperti berita global dan berita sukan. Apa yang menerkilankan aku adalah sebanyak 55minit masa kehidupanku hanya dibazirkan dengan kempen parti dacing timbang kati dan buruk-memburukkan anggota parti lain. 5minit sebelum tamat berita itulah waktu kemasan paling berharga pada aku untuk menonton berita kerana pada waktu 5minit sebelum berita tamat barulah maklumat sukan disampaikan dalam keadaan sepantas kilat.

Begitulah perjalanan berita di TV1,2,3,4,5,6,7,8.9 dan seterusnya semua politik semata2. aku cukup boring yang amatlah tersangat. Bila tengok drama melayu memang selalunya akan membuat aku tak kering gusi memaki hamun akan arahan cerita yang amatlah merapu. Jalan cerita anak derhaka, isap dadah, dunia koprat, perebutan harta, tamak haloba, percintaan tak ingat agama, makan dua orang tapi lauk penuh satu meja, projek juta2, songlap duit, orang bandar jadi bengong bila masuk kampung, meating 2, 3 orang bercakap tu pon kejap, cite hantu, bomoh sihir sana sini dan paling tak boleh blah buat cerita lawak tapi de bende aku nak gelakkan. Bab-bab drama melayu kisahnya memang gagal tapi ade la sehiris dua yang ok. Tapi kalau filem melayu tak banyak la yang mengecewakan, overall ok la mcm cerita masyarakat kebanyakan arahan mamat khalid dan sekarang nih cerita aksi pon ok tapi paling aku tak boleh terima filem cinta dan drama cinta, kebanyakan khayalan semata-mata dan takde landasan agama mahupon landasan kereta api.

Jadi kawan-kawan aku menyarankan aku melayan cerita tamil, walaupun babak begaduhnya penuh penipuan tetapi apa yang dikisahkan adalah realiti kehidupan. Terus terang aku adalah antara peminat filem tamil walaupon pelakon diorang sorang pon aku tak kenal melainkan Rajinikan. Selain itu Hindustan juga tidak kurang hebatnya, sangat dramatik dan amat menarik. Walaupun banyak menipu tahap tak ingat akhirat namun adalah lebih baik dari merosakkan mata menonton drama melayu. Bergaya bukan main tahap macam tak ada didikan agama tapi lakonan biasa dan tak seiring dengan kehebatannya mendedahkan aurat sana sini walaupun didaftarkan didalam I.C beragama Islam. Mungkin sebab diorang ingat diorang ni melayu je kot? Aku pun tak tahu.

Dan yang paling menarik, keramaian yang menonton tv walaupun sudah melanggan astrox akan tiba satu masa mereka akan merasakan langsung tiada siaran mahupun cerita yang hendak ditonton walaupun kampeni astroy sudah menyajikan berpuluh ratus siaran untuk ditonton akan tetapi setelah dialaihkan satu per satu chanel tv sehingga masuk kedalam menu mereka akan berkata "tak ade cerite nak ditengok" dan itu adalah jawapan yang amatlah menarik serta dilafazkan dengan penuh rasa bodoh dan sangat berkeyakinan. Begitulah kebanyakan sikap kita terhadap Televisyen. Ini je lah yang aku nak cerita pasal TV.

Terima Kasih lah menjengah ke blog aku yang sepi ini. Sekian je lah.

No comments:

Post a Comment