Photobucket

Wednesday, 17 October 2012

Kisah Dan Kehidupan: Peristiwa Seram Di Teluk Batik.

Bila sebut pasal Teluk Batik sape yang tak kenal?? Hanya orang batak dan ulu pendalaman yang tidak tahu. Aku yang juga merupakan penduduk tempatan di daerah yang turut memukimkan Teluk Batik sebagai jajahan takluk memang telah-telah la cukup kenal dengan Tempat Perlancongan ini. Jadi apa yang sebenarnya yang hendak aku ceritakan?? Ini merupakan pengalaman aku yang terjadi beberapa tahun lalu, kalau tak silap aku tahun 2016 kot. Ok, aku tipu. Sebenarnye pon aku tak ingat tahun bila.

Apa yang aku ingat malam hari tersebut adalah hari merdeka, maka secara automatiknya sambutan kemerdekaan akan diadakan pada malam itu. Maka aku juga tidak ketinggalan untuk menyemarakkan semangat cintakan nusa dan bangsa dan juga pada negara. Kebiasaannya setiap kali ada hari-hari kebesaran atau cuti umum, Teluk Batik menjadi pilihan imigran dari luar untuk dikunjung dan tanpa disedari mereka sebenarnya mereka seperti menjebakkan diri mereka ke kancah kecelakaan.

Hendak dimulakan cerita aku bersama sahabat handai dan juga rakan sebaya berkonvoy ke Teluk Batik walaupun masa perjalanan  hanya 10 minit tetapi dengan semangat yang berkobar-kobar umpama seekor singa jantan yang ingin mempertahankan kawasannya maka niat kami untuk berkonvoy tetap diteruskan walaupun aku mengakui ianya kelihatan sedikit bodoh walaupun tidaklah seteruk Pak Pandir ataupun Si Luncai dengan labu-labunya serta sayur-sayurannya.

Setibanya aku tiba di Teluk Batik sedari dari jam enam patang tadi, aku masih tidak berjanjak dari motosikal berkuasa kapcai selinder berkapasiti 110 dan helmet masih dikepala. Aku merasakan diri ku menjadi perhatian masyarakat dan manusia sekeliling dan mungkin juga makhluk yang tidak kelihatan seperti microorganisma, ameba, spora dan juga jadual berkala. Tiba-tiba sekumpulan gadis genit yang agak meletup dan juga seksi serta menggoyangkan iman menghampiri kearah aku dan rakan-rakan. Pada firasat aku seumpama bomoh bercampur pendeta gua tempurung menyatakan aku menjadi tumpuan kumpulan gadis-gadis tersebut. Maka apabila mereka semakin dekat dengan aku, lantas aku menanggalkan helmet aku dan aku menggelengkan kepala aku untuk membuat rambut ku meliuk-lentuk seperti iklan syampoo di kaca televisyen. Kemudian aku mensisirkan rambutku menggunakan jariku sambil menjeling dengan gaya mata The Rock (kening terangkat sebelah) kearah chickies tersebut untuk menaikkan nilai market ketampanan aku yang memang telah-telah lebih kacak dari Adi Putra dan juga Aaron Aziz.

Memang apa yang telah aku usahakan tidak sia-sia, mereka yang melihat aku semuanya terpegun dan kaku seumpama masa berhenti seketika dan keadaan menjadi sunyi dan sepi umpama mimpi dalam mimpi. Dalam saat itu aku terfikir memang benar telahan aku bahawa kekacakan aku setanding dengan jejaka maskulin dan playboy sedunia dan mungkin juga lebih hebat dari mereka semua ini. Bayangkan terdapat kanak-kanak yang sedang makan aiskrim boleh terhenti dari memamah aiskrimnya dan dibiarkan meleleh tanpa menghiraukannya, manakala terdapat pakcik-pakcik dan makcik-makcik  merenung aku tanpa berkelip sambil berjalan. Memang aku tidak hairan dengan kelakuan mereka semua malah rakan-rakan aku turut berkelakuan seperti mereka maka dengan apa yang terjadi lagi mengukuhkan idea serta buah fikiranku tentang kehenseman aku yang tiada batasan antara semesta.

Oleh disebabkan itu, salah seorang dari kumpulan gadis-gadis comel tersebut datang menuju kearahku. Maka aku terus menerus mengontrol kekacakan aku agar lebih menyerlah dan menambahkan lagi kebongkakan+kekopratan (korporat) seperti Samsul Yusof anak Yusof Haslam. Kehadiran gadis itu tidak aku hiraukan dengan tujuan menunjukan aku ini bukan lelaki yang mudah nak ditackle sesuka hati. Sesudah gadis tu sampai kepada aku dengan bergaya aku mengisyaratkan kepada gadis itu untuk tidak bercakap dan dengan penuh gaya aku menghulurkan talifon selular aku siap tertera no.telefon aku untuk diberi kepada gadis comel itu tanpa menoleh kepadanya.

Hampir 2 minit aku dalam keadaan sebegitu rupa dan perasaan curiga mula menyelingkari segenap sanubari aku. Kemudian aku memandang kepada gadis tersebut dan bertanya padanya "kenapa?"
Lantas awek cun tu membalas pertanyaanku "Emm, awak saya cuma nak cakap baju yang awak pakai terbalik. Bukannye apa, dari tadi ramai orang tengok baju awak yang terbalik tu dengan taik burung kering kat bahu awak tu". Awek tu pun berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Kemudian aku merasakan dunia seakan gegak gempita, sungguh kuat dan bingit.

Baru aku sedari seluruh orang menggelakan pada aku tanpa prejudis termasuk awek-awek tu dan kawan-kawan aku juga tidak ketinggalan. Aku merasakan hidup ku semakin gelap dan kelam. Betapa malunya aku seupama masa dpan aku diragut sebegitu sahaja tanpa ada rasa belas dan kasihan serta kasih dan sayang. Itulah PERISTIWA SERAM aku di Teluk Batik.

1 comment:

  1. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/kurang-tidur-bikin-lemot-bagaimana-biar.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/melly-goeslaw-mengagumi-ibu-pengabdi.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/rusia-gunakan-video-gim-untuk-buktikan.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/buka-dialog-din-syamsuddin-datangi.html
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete