Photobucket

Saturday, 13 September 2014

Kisah Dan Kehidupan: Misteri Di Maybank, Bukan Biasa-Biasa.

Pandangan ku semakin kelam dan gelap. Aku terlantar entah dimana dan tidak berdaya untuk bergerak walau sedikit. Ku terasa bagaikan tulang belulang ku hancur menjadi debu. Aku terus terdampar tanpa diketahui sesiapa dan dimana aku berada. Oh, adakah ini pengakhiran buat diriku? Adakah ceritaku hanya taat seperti ini? Aku tidak mampu bertahan lagi, selamat tinggal.

 Ibu mengejutkan aku untuk bangun tidur kerana waktu sudah beranjak hampir ke tengah hari. Alamak! aku lewat sekali lagi untuk bangun dari tidur. Mengapa jam loceng aku tidak berbunyi? Aku membelek jam loceng aku yang sudah berusia 3 tahun yang aku beli di pasar dua ringgit. Selesai membelek barulah aku sedar bahawa jam tersebut telah kehabisan bateri, patutlah tak berbunyi. Lantas aku bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan badan dan menggosok gigi supaya aku sentisa dalam keadaan bersih dan suci bagaikan bedak cap Safi. Selesai sahaja aku membersihkan diri, aku mengenakan pakaian yang segak sekali. Aku telah berjanji kepada ibuku semalam yang aku akan ke pekan untuk membeli barangan dapur kerana bekalan makanan di rumahku telah berkurangan. Sebelum keluar ke pekan aku sempat menjamu sedikit makanan kucing buat mengalas perut kerana hari ini ibuku tidak berdaya untuk memasak, lututnya kembali sakit akibat kesan dari sakit gout. Benar kata Khir Rahman didalam filem Rock OO bahawasanya gout menjatuhkan negara.

 Aku berbasikal melewati jalan di kampungku untuk ke pekan. Dengan berpakaian kemeja berwarna merah saga bercorak kotak-kotak besar berwarna hitam yang disisip ke dalam seluar serta butang dikancing sehingga ke atas dan tidak lupa seluar yankey ketat dan singkat berwarna hijau Petronas disamping berkasut karipap buatan china berwarna kuning telur yang diseludup masuk dan dijual murah di pasar malam. Aku amat merasakan yang aku amat bergaya sekali dengan rambut disisir rapi bagaikan rambut Wak Doyok yang berbulu di muka bagaikan serigala jadian. Setiap kayuhan aku diiringin dengan wajah ku yang menyombong walaupun berbasikal dibawah matahari terik diwaktu tengah hari.

 Walaupun panas dan aku berpeluh bagaikan disiram air hujan aku tetap persetankan semua itu kerana apabila tiba di pekan nanti aku akan berhenti di Maybank untuk menyejukkan badan kerana aircond didalam Maybank sejuk mencecah -5 darjah celsius berbanding suhu diluar yang bahang bagaikan 1000 darjah celcius. Aku meneruskan kayuhan basikal sambil memandang cermin sisi yang baru aku curi dari motosikal Suzuki RGV milik tokey kedai mesin kuda kemudian aku pasang di handle basikal fixie aku dengan mengikat cermin sisi tersebut dengan getah. Aku melihat cermin sambil membetulkan remos rambutku yang semakin melendut kebawah kerana basah akibat peluh yang banyak mencurah dari kepala aku. Aku ingin sentiasa kelihatan segak bagaikan ketampanan Jason King dengan wajahnya yang sedang meneran taik di dalam jamban. Pada diriku, wajah seperti itu amat terlajak laris di kawasan penempatan kampung aku.

 Kayuhan demi kayuhan, aku terus menggagahkan diri berusaha mengayuh basikal dengan bersemangat sekali. Tidak sabar untuk aku melaram di pekan nanti dan bolehlah nanti aku tayang muka aku pada amoi anak tauke kedai runcit di pekan tersebut. Biar dia cair melihat kesegakan aku yang tiada tolok banding jika dibandingkan dengan bangla-bangla Petaling Street. Baru dia sedar betapa berharganya aku pada pandangan matanya. Hampir sejam aku mengayuh basikal untuk tiba di pekan dan aku mengambil keputusan yang muktamad untuk berehat seketika bagi melepaskan lelah di Maybank seperti yang dirancang. Aku melihat diriku benar-benar seperti baru meredah hujan mengenangkan pakaianku yang kuyup akibat berpeluhan, namun aku tidak peduli kerana bayu sejuk aircond dari bank kepala rimau telah mengusap lembut pipi aku. Tanpa berlengah aku terus melangkah masuk ke dalam bank itu. Ya tuhan, betapa selesanya tubuh ini apabila diselubungi bayu penghawa dingin yang menyamankan akan tetapi tiba-tiba muncul suatu bau yang kurang menyenangkan hidung aku. Uweeeekkkkkk, bau seakan-akan bangkai menusuk rongga dan melalui bulu-bulu hidung aku dan aku terlihat semua orang memandang aku seakan-akan bau bangkai tersebut datangnya dari aku cuma yang aku fikirkan mereka memandang aku kerana ketampanan dan kesegakan aku sahaja maka tidaklah aku endahkan dengan pandangan orang sekeliling.

 Sedang aku leka melayan kesejukan suasana di dalam premis ini secara tiba-tiba aku didatangai oleh seseorang, aku hanya melihat dari lirikan ekor mataku dan aku pasti ada seseorang gadis cantik yang datang ingin berkenalan dengan diri ku yang kacak dan hensem serta menawan ini. Justeru aku kedengaran suara seorang gadis menegur aku lantas aku menoleh dan ingin melihat siapakah gerangan gadis yang menegur aku itu. Omaigosh, wallaweh, ohmen... cun gile toq awek yang tegur aku sebentar tadi, kelihatan dia ingin berkata sesuatu akan tetapi belum sempat dia berkata-kata aku mengangkat tanganku sebagai tanda supaya dia tidak meneruskan kata-katanya kerana aku cukup berkeyakinan yang dia ingin meminta nombor talifon aku. Lalu aku mengambil dompet aku dan mengeluarkan sekeping kertas yang terdapat nombor talifon aku sebagai ganti kepada kad nama. Memang kebiasaan aku standby no talifon di dalam dompet.

 Sejurus itu, aku kembali menoleh kehadapan semula akan tetapi sekali lagi gadis itu menegur aku dan sekali lagilah aku menoleh kebelakang menghadap gadis tersebut dan tanpa sempat aku bertanya gerangan apa dia memanggil aku gadis tersebut terus berkata bahawa bau badan aku terlalu hapak kohong tahap gaban. Bagaikan api kecil disimbah petrol maka begitulah hati aku marak membakar kemarahan jiwa aku yang suci lagi tulus. Lantas aku bangun dan menghadap gadis itu lalu aku mengangkat tanganku bersiap-siap untuk melempang gadis tersebut. Sejenak aku mengangkat tanganku tiba-tiba aku tercium aroma sampah sarap  dan bila aku periksa ianya datang dari ketiak aku. Aku tidak berpuas hati lantas aku cuba menghidu pakaianku pula, secara misteri kepala aku menjadi pening dan entah mengapa aku bagaikan nak muntah dan paling mengerikan semua insan di dalam bank ini melihat aku dengan pelbagai reaksi. Ada menunjukkan muke geli akan aku, muke terkejut, muke sesak nafas dan yang paling aku aku tak boleh terima ramai yang menutup hidung sambil memandang aku.

 Dunia bagaikan berputar ligat, aku hampir rebah kelemahan kerana tidak mampu menerima perasaan malu seperti ini. Tanpa berlengah aku terus berlari bagaikan kucing dikejar anjing, cukup pantas dan bertenaga aku meluru ke arah pintu bank dengan niat meninggalkan tempat tersebut bersama segunung perasaan malu yang teramat sangat. Aku merasakan duniaku hancur berkecai seperti tiada lagi hari esok untuk aku. Dek kerana terlalu memikirkan apa yang telah berlaku, aku terlupa ke manakah arah langkah larianku yang deras ini dan apabila aku sedari kembali aku telah berada di lebuhraya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku, aku terpinga-pinga namun aku tiada masa untuk memikirkan semua itu kerana dihadapanku terdapat sebuah lori trelar  yang bergerak laju ke arahku. Dummmmmm!!! aku melambung ke udara, cukup tinggi sekali aku melambung sehingga aku dapat melihat awan dalam pandangan yang samar-samar. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Pandangan ku semakin kelam dan gelap. Aku terlantar entah dimana dan tidak berdaya untuk bergerak walau sedikit. Ku terasa bagaikan tulang belulang ku hancur menjadi debu. Aku terus terdampar tanpa diketahui sesiapa dan dimana aku berada. Emmm, ngantuklah nak tulis panjang-panjang.

Saturday, 5 July 2014

Bangang Abadi

Kali ni penulisan aku malas nak gune penggunaan ayat yang casual sangat. Bukan ade kesah pon sebab blog aku ni memang sepi tanpe pengunjung. Lagipon aku jenis sekali sekale nak menulis kat blog, bukan senang nak dapat followers dengan pengunjung. Jadi aku tulis dengan ape yang aku suke.
  Baru-baru ni agak baru tergerak nak tengok berite kat tv, selalunye tengok berite kat FB jek sebab ramai reporter bertauliah dengan reporter suke hati. Ape yang aku nak kongsikan ngan kome pasal si Tengku Adnan nak saman peminta sedekah dengan pemberi sedekah. Dengar pon macam bangang kan??? Aku jadi tak paham pasal alasan dia yang mengatekan homeless dengan pemintak sedekah ni pengotor dengan penyemak kat kota Kolumpor yang merupekan ibu negara kat negara kite Malaysia tercinta kononnye.
Selain tu nak jaga imej negara kite pada mata dunia.
  Aku tak tau mane yang lebih penting sekarang ni, samade mulia dimata manusia atau mulia dipandangan ALLAH SWT??? Kate Malaysia negara Islam, tapi clubbing dengan kedai mesin judi bersepah betoi tak??? Macam mane dengan perihal nak jage imej sebagai negara Islam pulak??? Nampak tak aku macam sembang kencang???
  Kesah pulak aku dengan kate-kate haters. Cubelah gomen bagi peruntukkan sikit kat mereka yang bernasib malang ni sen sikit utk buat modal main mesin kuda yg melonggok kat KL tu, manelah taw ade untung buat deme kene major jackpot boleh la deme bina hidup baru ye tak???
  Ape salahnye pihak berwajib turut tolong menghulur bantuan kat warge homeless dengan beggar ni dengan care sistematik. Nak buat kebajikan tak payah kire bulu la nak kne tgk orang tu bangse ape, wargenegare mane, parti mane atau ape pun la kan.

Renung kejap hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Abu Hurairah:
 
 مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا والآخِرَةِ     - رواه مسلم

Ianya bermaksud: Sesiapa yang melapangkan atau menolong seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia nescaya ALLAH akan melapangkan atau menolong baginya daripada kesusahan-kesusahan hari qiamat.
Dan sesiapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan baginya kesusahan-kesusahan di dunia dan juga di akhirat.

  Makin lame aku makin pening dengan dunia sekarang ni. Soup Kitechen; NGO yang nak tolong warge malang tu pon kene warning kalau tolong deme. Kononnye sampah berselerak la ape la, ape kate pihak DBKL hantar petugas deme gi bersihkan kawasan pemberian makanan tu. Lagipon NGO yang tolong tu gune dana deme sendiri, sikit takde ngusik duit si Tengku Adnan. Lagipon rakyat bayar cukai boleh le gunekan sikit untuk kerje-kerje pembersihan kawasan agihan makanan tu kan kan kan???
  Aku pernah lepak dengan warge-warge malang ni, ade yang diantare mereke ni dulunye kaye tapi silap langkah terus jadi susah dan ade yang memang sejak azali dari golongan fakir tahap gaban. Manusia dilahirkan dengan nasib dan takdir yang berbeza. Dalam agama kita sendiri menekankan semangat kesepaduan ummah. Tapi macam mane nak wujudkan ummah yang kuat kalau kita taknak menjalinkan silaturahim sesama manusia disamping menyemai nilai-nilai murni dan agama untuk menjaga kebajikan antara kita bagi membina ukhwah yang teguh??? Tak guna la belajar tinggi-tinggi kalau nilai kemanusia dalam diri kita kosng. Haiwan pon jaga kawanan deme, kalau kite ni mementingkan perut sendiri nampak sangat kita lebih teruk dari haiwan.
  Ni cuma pendapat aku la, aku sedar bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Tapi kita kena ingat, sebab susah nak jadi pemimpinlah kite kena pilih yang betul-betul terbaik untuk memimpin kita. Kalau dapat pemimpin bangang maka kita yang dipimpin ni pon telah dipimpin menjadi bangang. Bila bangang berteu bangang maka jadilah bangang abadi. Pasal bangang ni aku tak rujuk pade sesape pon cume ianya sebagai contoh bangang untuk yang bangang dan yang terbangang. Ape kebangang la ayat aku ni bangang???
  Pesanan bangang aku untuk semua, bertindak atas dasar analisis dan kajian berlandaskan agama maka barulah kita tidak bertindak bangang mahupun tidak cerdik ataupun tidak logik.
-WASSALAM-

Bila tengok muka Tengku Adnan aku teringat watak Dodoria dalam citer DBZ.
Aku tak kata yang muka Tengku Adnan macam ni cuma dia mengingatkan aku
dengan watak ni paham tak???

Tuesday, 28 May 2013

Cerpan (Cerita Panjang): Tiada Sudah.

Dihening pagi yang nyama aku membuka jendela kayu rumahku dan menikmati aura angin pagi yang dingin membelai tubuhku setelah usai aku melaksanakan fardhu subuh. Aku terus berdiri dijendela membiarkan sinar mentari pagi menjamahku bersama berjuta kenangan lama yang terus menerus mengimbau di benak fikiranku. Memang nyaman dan adalah satu keuntungan menikmati permulaan hidup diawal hari dengan nikmat kesegaran pemberianNYA. Namun hatiku masih terasa kekurangan seperti ada sesuatu yang masih belum memuaskan hatiku. Kadang kala terasa amat membebankan jiwaku namun jika aku usahakan untuk membuang kegusaran jiwa ku ianya berjaya tetapi tidak kekal lama.

Kedengaran ibuku memanggil dari dapur menjemput untuk menjamah sarapan yang telah dia hidangkan. Setelah tiba didapur, aku melihat 2,3 jenis kuih dan mee goreng terhidang diatas meja makan. Aku terus makan menjamah makanan yang terhidang tetapi hanya sedikit sahaja yang aku makan. Ibuku bertanya mengapa aku menjamah hidangan yang dia hidangkan cuma sedikit sahaja, namun aku terus berlalu dan terus ke bilikku bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku melihat uniform sekolahku sudah tersedia bergantung diampaian sejadah di dalam bilikku, baru aku teringat bahawa ibu yang menggosokkan bajuku. Yang sebenar, kebiasaannya aku yang menggosok bajuku sendiri dan ibu sudah melatih aku sejak dari darjah empat lagi. Kini aku sudah tingkatan tiga dan bakal mengambil PMR. Aku terus mengenakan pakaian sekolahku, sebelum beredar aku bersalam dengan ibuku lantas memberi salam dan aku berlalu untuk ke sekolah. Ianya rutin biasa yang aku lakukan setiap hari sebelum  ke sekolah.

Seperti biasa sudah kita tahu  bahawa tugas seorang ibu akan menjadi suri di dalam rumah dimana segala kerja mengurus hal ehwal rumah tangga menjadi tanggungjawabnya. Selapas sudah sesi persekolahan aku pulang ke rumah, seperti biasa aku akan menjengah ke dapur dahulu untuk melihat hidangan apa yang ibu ku sediakan sebelum aku menukar baju sekolahku. Hari ni terdapat sedikit kelainan kerana bila aku tiba di halaman rumah ibu tiada menanti aku di muka pintu namun aku tidak endahkan. Bila aku jengah kedapur aku lihat diatas meja makan kosong tiada apa-apa juadah untuk tengah hari ini. Aku tertanya-tanya kenapa perkara seperti ini berlaku lalu aku memanggil ibu namun tiada jawapan. Berulang kali aku memanggil dan akhirnya aku meninggikan sedikit suara memanggil ibu namun tetap sama. Aku merasa sedikit aneh kerana sekiranya ibu keluar takkan pintu rumah ditinggalkan tanpa dikunci, akhirnya aku mengambil keputusan ke bilik ibu. Tiba dibilik ibu aku melihat ibu sedang tidur, hati ku terasa sedikit panas lantas aku mengejutkan ibuku dan dia tersedar. Ibu menyatakan yang dia tidak berapa sihat, aku pun tidak bertanya banyak lalu keluar dari rumah menuj ke kedai makan untuk mengisi perut aku yang agak kebulur.

Keputusan PMR telah keluar, aku mendapat keputusan yang agak cemerlang bagi budak kampung seperti aku. Dari lapan mata pelajaran aku mendapat 6A dan 2B. Sudah tentu keputusan ini amat membanggakan aku serta keluargaku lagi-lagi ibuku. Ibu dan bapa ku menghantarku ke sekolah untuk mengetahui keputusan ku lebih awal. Ibu memelukku menzahirkan rasa gembiranya akan keputusan PMR aku yang agak cemerlang namun aku hanya membalas sekadar ala kadar dan kemudian aku menemui rakan-rakanku yang lain untuk bertanya tentang keputusan mereka. Agak lama ibu bapa ku menanti aku yang sedang leka berbual bersama kawan-kawan kemudian seorang kawan aku memberi cadangan untuk pergi meraikan kejayaan kami. Aku pergi mendapatkan kedua orang tuaku lantas memberitahu tentang rancangan kawan-kawanku kepada mereka. Ayah tidak berkata apa dan ibu pula hanya tersenyum kemudian memesan supaya aku pulang awal, aku hanya mendengar sahaja kemudian aku berlalu meninggalkan mereka.

Aku pulang agak lewat, kalau tidak silap aku sesudah maghrib aku pulang ke rumah. Sewaktu aku melewati dapur untuk ke bilik aku melihat banyak juadah makanan kegemaran aku. Kemudian ibu memanggilku untuk makan namun disebabkan badan aku terlalu letih aku menolak pelawaan ibu dan aku terus memasuki bilik untuk tidur bagi merehatkan lelahku setelah berseronok bersama kawan-kawan.

Pada satu hari, aku diserang demam denggi dan terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Ibu lah insan yang sentiasa menemani aku disaat aku terlantar di hospital. Sewaktu ayah kerja, ibu akan meminta bantuan jiran untuk menjaga 3 orang adikku yang mana masih bersekolah. Ibu akan pulang sebentar untuk menyiapkan makanan untuk adik-adikku untuk juadah makan tengah hari dan malam untuk mereka dan ibu akan kembali ke hospital bersama makanan untuk aku. Aku merupakan anak kedua dalam keluargaku dan aku mempunyai seorang kakak tetapi dia sudah meninggal semasa berumur 8 tahun kerana asma. Setiap masa semasa aku terlantar di hospital dalam keadaan lemah ibulah insan yang banyak menguruskan diri aku. Bacaan surah Al-Quran dan Yassin tidak lekang dari bibirnya, aku lihat kesungguhan ibuku itu akan tetapi dalam keadaan aku yang tidak bermaya aku tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Beberapa tahun kemudian aku telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dan telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Ianya tidaklah mengambil masa terlalu lama kerana aku merupakan lepasan Matrikulasi maka masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tidaklah terlalu lama. Ibu tidak dapat bersama untuk berkongsi kegembiraan akan kejayaan aku kerana tidak sihat dan hanya adik-adikku yang datang sebagai wakil serta menyampaikan salam dari ibu dan ayah tetapi ianya bukanlah sesuatu yang besar untuk aku meraikannya kerana aku masih ditemani kekasih aku.

Kini aku sudah berkerja sebagai pengurus operasi di sebuah syarikat elektronik besar dari Jepun yang bertapak di negara kita. Memang gaji yang ditawarkan sungguh lumayan akan tetapi kekangan masa untuk aku bersama keluarga agak sukar kerana aku sibuk dengan kerjaya aku. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan hanya beberapa kali sahaja aku menghubungi keluargaku disana melalui talifon bimbit yang aku belikan kepada kedua org tuaku. Ayahku kini tidak lagi berkerja kerana sudah uzur manakala adik-adikku sudah melanjutkan pelajaran di menara gading dan seorang adikku dapat melanjutkan pelajaran di luar negara dengan bantuan biasiswa dari sebuah pertubuhan NGO. Namun aku sentiasa mengirimkan sejumlah wang yang cukup untuk perbelanjaan orang tua ku tiap-tiap bulan. Aku bercadang untuk menghantar kedua ibubapa ke mengerjakan ibadah haji, aku sudah mendaftarkan nama mereka di Tabung Haji dan hanya menunggu giliran.

Aku tersentak apabila isteriku menegur dari belakang, segala lamunanku di jendela berderai. Aku melihat anak ku yang ketiga terpisat-pisat matanya yang masih mamai kerana baru bangun tidur. Isteriku menjemput untuk bersarapan bersama ayahku di dapur. Aku sedang bercuti di kampung namun ibuku sudah lama pergi meninggalkan kami berjumpa yang Maha Esa. Ibu meninggal dunia 5 bulan sebelum aku melangsungkan perkahwinan bersama isteriku akibat sudah lama menderita sakit kanser hati dan aku hanya tahu setelah mendapat laporan dari doktor yang menguruskan jenazah ibu. Dalam tahun yang sama tiba giliran ibu dan ayah untuk ke Mekah namun bukan rezekinya. Kini tiada sudah lagi gelak tawa, senyuman, perhatian dan kasih sayang dari ibu. Tiada sudah~

kalau cerita ni kurang best bagilah pandangan dan cadangan, SEKIAN.


Wednesday, 22 May 2013

Kisah Dan Kehidupan: Wabak Sindrome Tahi Yang Berleluasa.

Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera dan salam bersalaman.
Aku memang terus menulis entri tanpa aku kesah walaupun tiada pengunjung yang nak membaca blog aku yang memang sengkek idea nih. Sebenarnya bukan mudah nak menerbitkan sesuatu karya yang boleh menarik minat orang lain melainkan kalau kita memang ada kuase magik yang boleh mengkontrol sel otak2 orang lain. Kedengaran seperti tidak munasabah, namun ianya memang tak masuk akal pon.

Sejak setahun dua nih aku dapat memerhatikan gelombang K-Pop amat hebat dinegara kita. Dahulu aku juga hampir terjerumus kedalam kancah aneh pelik tersebut namun atas kesedaran iman aku yang masih tersisa aku terselamat dari wabak tahi ini. Aku bukanlah anti dengan K-Pop, akan tetapi aku semak dengan mereka2 yang terlalu mengangkat tinggi darjat K-Pop itu sehingga ke tahap aku pon tak tahu nak labelkan macam mane jadi aku gelarkan "SINDROM TAHI". Aku gelarkan begitu disebabkan aku terlalu jelik sehingga ianya mendatangkan perasaan mual pada kebanyakan orang2 dewasa yang matang dan telah mumayiz akan perilaku kanak2 dan remaja yang terlalu terikut2 dengan gelombang K-Pop. Golongan2 inilah yang terlalu memartabatkan budaya K-Pop sehinggakan dari segi perbuatan dan tingkah laku serta tindak balas kimia tubuh ditiru bulat2 dan disemai didalam diri. Selain itu fesyen K-Pop turut menjadi ikutan dan dijadikan sebagai trend dan trade mark diri mereka.

Pernah aku ditegur secara agak kurang peribahasa dan tatabahasa oleh golongan taik ini akan perkara tentang pakaian aku. Diorg mempertiikaikan aku berjubah semasa membeli belah sempena persiapan raya pada tahun lepas dengan mengatakan jubah adalah pakaian yang kolot. Aku sebenarnya terus ke Mall selapas selesai Tarawikh dan berbalik pada cerita asal, aku pun suruh budak tu ulang ape yang dia cakap. Belum sempat dia menghabiskan ulangtayang percakapannya terus penumbuk aku hinggap ke muka dia kemudia disusuli dengan serangan lutut berapi aku. Dalam sekelip mata budak tu menjadi debu, rakan2nya bertempiran bagaikan tikus berlari mencari perlindungan bila diserang helang manakala orang disekelilingku tergamam dan ada juga yang pengsan serta ada juga yang diserang sakit jantung kerana terkejut. Namun yang aku paling yakin korang pon tetapi sakit iaitu sakit hati dengan penulisan aku yang hilang arah tuju bagai kapal yamg patah layarnya.

Aku taklah sekejam tu, aku cuma mengatakan memakai jubah adalah salah satu daripada sunnah nabi. Sekiranya taknak ikut bukan satu dosa besar akan tetapi menjadi satu dosa besar bagi sesiapa yang menghina, mempersenda sunnah nabi dan agama. Ianya boleh membatalkan iman dan menyebabkan murtad secara tidak sengaja. Jika inginkan kepastian rujuk pada yg berkenaan yakni ahli agama. Justeru, setelah mendengar penjelasan dariku, budak itu melutut padaku lantas aku mengambil kesempatan memijak kepala budak itu dihadapan orang ramai dengan megahnya. HAHAHA, ni dah melalut. Yang sebenarnya budak tu memohon maaf pada aku akan kesilapan dia. Alhamdulillah terbuka jugak hati dia dengan teguran aku. Aku bukanlah orang yang baik tetapi kita kena saling tegur menegur dan salong memperingati antara satu sama lain.

Dan yang paling ketara sekarang ni adalah wabak GWIYOMI yang aku tengok hebat menjadi ikutan sehingga ade yang memuatnaik ke laman sesawang youtube untuk menarik perhatian orang ramai. Ramai yang buat video gwiyomi selain dari para remaja tidak ketinggalan juga para artis yang nak interframekan diri, tak cukup dengan berlakon kat tv dah tu kat youtube pon nak interframe. Dah la lakonan tak mantap serta tak best, ade hati nak menginterframe secare sok sendirian. Lagipon bukan comel pon pada insan2 yang buat semua tu dan orang seperti ni sebenarnya terkena jangkitan kuman bakteria dari BOBO. Tapi ape boleh buat, ianya hak masing2.

Benarlah apa yang UAI (Ustaz Azhar Idrus) kata, hiburan tanpa sempadan atau batasan boleh menjadi najis yakni haram. Cubalah kita fikirkan sejenak, mengapa kita perlu terikut2 dengan  budaya orang lain sedangkan kita telah dilahirkan dengan identiti diri sendiri. Sekiranya kita mengubah diri kita untuk menjadi orang lain bermakna kita merasakan identiti diri kita tiada harga. Be your self la, kalau nak berubah sangat korang tiru la peribadi Nabi Muhammad S.A.W. Kalau tak dapat banyak sikit pon boleh sebab Baginda mmg idola sepanjang masa.

Islam tak pernah menghalang kita dari berhibur tetapi ianya haruslah menjaga batasan agama kerana setiap kelakuan kita mencerminkan agama kita. Bila kita terlalu mengikut kehendak hati nescaya kita akan terus lalai sehingga kita lupa siapa diri kita dan apakah tujuan hidup kita. Cakap memang senang, nak buat memang susah la kan? Apa pesan aku Usaha tangga kejayaan.

Sekian saja karangan aku yang main tulis je. Kome layan la ----> Gwiyomi Parodi ni. WASSALAM.

Monday, 13 May 2013

Kisah Dan Kehidupan: Televesen ataupun Televisyen ataupun TV.

Assalamualaikum kepada insan2 yang tersinggah kat blog cabuk aku. Aku bukannye aktif pon nak update blog. Entri kali ni buat pertama kali dalam tahun 2013 adalah inilah yang pertama kalinya blog aku diisi entri yang amat paling terbaru. Aku cadang nak buat blog merapu sebab bersesuaian dengan minda serta jiwa aku tapi ianya tidaklah seiring dengan kematangan serta karisma dan juga perwatakan aku.

Pilihan Raya pun baru sudah setel menutup tirai tapi masih lagi berkumandang cerita-cerita berkaitan dengannya. Malah turut ditayangkan di stesen media luar negara perihal PRU kali ini. Aku ni bukanlah seorang yang PRO-Gomen mahupun PRO-Pembangkang ataupun PRO-sak undi ataupun jua yang sewaktu atau satu time dengan pernyataan itu. Ape aku merapu ni??? Korang baca je lah.

Mengenai TV yang aku nak cerita, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya adalah musim suram bagi sesiapa yang mempunyai TV tanpa melanggan Astrok kerna terpaksa menyantap iklan2 kempen2 dari kerajaan melebihi iklan sabun basuh pinggan mahupun pencuci pakaian. Namun nasib baiklah aku melanggan Astrok Super Pek 1 dengan yuran bulanan dibayar oleh kawan aku jadi dapatlah aku menonton serta merekod rancangan varieti RunningMan dan menontonnya berulang kali sehingga muntah darah disamping mengidap barah mata akibat menonton cerita yang sama. Akan tetapi aku bukanlah taik K-POP. Bagaimanapun aku rasakan ianya lebih berbaloi daripada aku terlibat dalam kancah kempen yang tak sudah serta cerita melayu yang jalan ceritanya yang sama cuma apa yang beza adalah pelakonnya tetapi bosannya tetap sama. Aku bukanlah seorang yang cerewet tetapi bila aku hendak menonton berita adalah sama sekalinya bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini  seperti berita global dan berita sukan. Apa yang menerkilankan aku adalah sebanyak 55minit masa kehidupanku hanya dibazirkan dengan kempen parti dacing timbang kati dan buruk-memburukkan anggota parti lain. 5minit sebelum tamat berita itulah waktu kemasan paling berharga pada aku untuk menonton berita kerana pada waktu 5minit sebelum berita tamat barulah maklumat sukan disampaikan dalam keadaan sepantas kilat.

Begitulah perjalanan berita di TV1,2,3,4,5,6,7,8.9 dan seterusnya semua politik semata2. aku cukup boring yang amatlah tersangat. Bila tengok drama melayu memang selalunya akan membuat aku tak kering gusi memaki hamun akan arahan cerita yang amatlah merapu. Jalan cerita anak derhaka, isap dadah, dunia koprat, perebutan harta, tamak haloba, percintaan tak ingat agama, makan dua orang tapi lauk penuh satu meja, projek juta2, songlap duit, orang bandar jadi bengong bila masuk kampung, meating 2, 3 orang bercakap tu pon kejap, cite hantu, bomoh sihir sana sini dan paling tak boleh blah buat cerita lawak tapi de bende aku nak gelakkan. Bab-bab drama melayu kisahnya memang gagal tapi ade la sehiris dua yang ok. Tapi kalau filem melayu tak banyak la yang mengecewakan, overall ok la mcm cerita masyarakat kebanyakan arahan mamat khalid dan sekarang nih cerita aksi pon ok tapi paling aku tak boleh terima filem cinta dan drama cinta, kebanyakan khayalan semata-mata dan takde landasan agama mahupon landasan kereta api.

Jadi kawan-kawan aku menyarankan aku melayan cerita tamil, walaupun babak begaduhnya penuh penipuan tetapi apa yang dikisahkan adalah realiti kehidupan. Terus terang aku adalah antara peminat filem tamil walaupon pelakon diorang sorang pon aku tak kenal melainkan Rajinikan. Selain itu Hindustan juga tidak kurang hebatnya, sangat dramatik dan amat menarik. Walaupun banyak menipu tahap tak ingat akhirat namun adalah lebih baik dari merosakkan mata menonton drama melayu. Bergaya bukan main tahap macam tak ada didikan agama tapi lakonan biasa dan tak seiring dengan kehebatannya mendedahkan aurat sana sini walaupun didaftarkan didalam I.C beragama Islam. Mungkin sebab diorang ingat diorang ni melayu je kot? Aku pun tak tahu.

Dan yang paling menarik, keramaian yang menonton tv walaupun sudah melanggan astrox akan tiba satu masa mereka akan merasakan langsung tiada siaran mahupun cerita yang hendak ditonton walaupun kampeni astroy sudah menyajikan berpuluh ratus siaran untuk ditonton akan tetapi setelah dialaihkan satu per satu chanel tv sehingga masuk kedalam menu mereka akan berkata "tak ade cerite nak ditengok" dan itu adalah jawapan yang amatlah menarik serta dilafazkan dengan penuh rasa bodoh dan sangat berkeyakinan. Begitulah kebanyakan sikap kita terhadap Televisyen. Ini je lah yang aku nak cerita pasal TV.

Terima Kasih lah menjengah ke blog aku yang sepi ini. Sekian je lah.

Sunday, 28 October 2012

Kisah Dan Kehidupan: Tragedi Bas Ekspres.

Ade cerite untuk kome. Teman dlm bas ni ondaway gi kek el almklum le sok udah nak balik ke obersi nak kojer katekan. Ape teman nak cerite pasei pengalaman teman naik bas dulu kale. Udah lame teman xnaik bas lepas teman mampu beli beca roda tige jename spyder. Cukup le utk teman bawak meronde2 g taman petang2 sambei pekene pisang goreng paneh kat gerai tepi jalan. Berbalik le pade ceghite pasei bas, ni teman bknnye ape, dulu semase teman xde terenspot sndri teman ni mampu jadikan bas sbgai pengangkutan utame la. Nak kate dr jaman skolah sampei le zaman kojer. Nak dikisahkan la pade 1 ari tu teman nunggu le bas nak balek ke kpg teman kt lambor. Kome tawu ke lambor kat maner? Sahih bekema semua langsung dak tawu le. Balek semule pade cite teman, dalam mase nengah nunggu bas yg xmari2 ibarat melukut ditepi gantang teman melayan le asap rokok sampei nak abis rokok sekotak xcukup dgn itu ngan ekjos kete skali teman sapu nak layan asap mmg lame ngan bosan tahap kronikel of riddick la. Ade yg lg kesian teman nengok sorang makcik tu menunggu dgn anak die yg masih kecik nyusu kopek lg tu udah naik tumpo nunggu, tunggu punya tunggu nak bas tu mari sampei anak dia boleh belari la, pny la lame. Udah dekat tige jam teman tepacak rope tugu negare yg pegang senapang tu tp teman bawak beg je. Kalau nak tgk rope mane teman kat tugu negare tu kome tgk kt tugu tu blk org no.3 dr kiri sebelah yg pegang senapang ade org pegang bendera tapi blakang dia. Klau xjumpe tengok kat belah bawah batu tugu kalau ade. Maka disebabkan kesabaran teman semakin diujikaji make teman mule la nak rase mengamuk walaupun kumpulan amuk xpernah mengamuk cuma hanya menyanyi saje. Tapi teman tetap cube bersabar ketahap keimanan wali sufi walaupun teman ni semyang ade xcukup, bukannye ape teman ni udah le berwajah hensem, teman xnak la ketampanan tahap gaban teman ni diragut oleh kemarahan teman yg agak membuak2 seperti kanak2 kehilangan gula2nya. Jadi teman tetap maintain ketampanan teman bak artis tekenal tp bukan mcm sahezi sem tu yg bulu idung besepah. Tak sior teman, kalau kome tgk muke teman ni kalau ngah tekemut nak melabor pon dh mcm aaren aziz, kalau tgh steady lg le xleh bayangkan ketampanan teman ni tahap keberapekan. Jadi untuk mendapatkan kepastian atas dasar sebab musabab ape dan why bas yg sepatutnye dtg tiga jam yang lalu sepatutnya hadir teman bertanya pade pekerja kaunter tiket bas tersebut. Dengan langkah bak panglima perang di sajian dahulu kala teman melangkah penuh gagah perkasa serta keyakinan yang tinggi menghampiri kaunter tiket tersebut. Setibenye aku disane aku pon bertanya dngan dialek bahasa melayu kini tp sebelum tu aku memastikan siapa gerangan di kaunter tiket tersebut. Setelah diperiksa menggunakan ilmu hisab yang telah aku pelajari di sekolah sewaktu darjah dua aku mengenalpasti seorang brader yang agak huduh wajahnya umpama cipan yang terkena sampar ibarat anjing gila termakan sambal belacan bercampur cili burung. Memang berdosa aku mengutuk makhluk tuhan sebegitu rupa tetapi memang sahih dan muktamad wajah brader tu memang huduh yg teramat disamping bulu hidung yang terkeluar disulami bau badan mengalahkan bangkai biawak mati satu keturunan. Patut la berbau harok stesen bas yg aku tunggu tu, aku fikirkan bau sampah sarap yang sudah lama tidak diangkat rupa2nya bau brade belacan ni. Aku tidak mampu menahan urat geli aku dari bergetaran di ujung limpa hempedu aku lalu aku ketawa terbahak2 tanpa keruan dan menemplak brader tu. Aku mengatakan pada brader itu bahawasanya dia adalah jejaka tertampan di planet bumi. Hadirin yang berada di sekitar stesen bas turut mentertawakan brader tu. Secara tiba2 deria kesan aku mengesan sesuatu yang aneh. Dengan gaya seperti spiderman mengesan benda buruk berlaku maka begitulah keadaan aku pada masa tersebut. Aku dapat merasakan sesuatu yang pantas datang kearahku dan bila aku menoleh aku merasakan umpama sebutir peluru ak47 terbang membenam kedalam kepala otak aku dan aku terkenang zaman muda aku menangkap peluru dengan menggunakan gigi semasa diperang teluk dahulu. Bila aku sedar aku perasan aku dibedil dengan sebuah kerusi plastik berjenama 3a yang selalu terpampang di billboard lebuhraya. Aku tidak sempat mengelak maka kerusi tersebut sempat menghinggap ke wajah ku yg tampan melebihi tom kerus dan impak dari bedilan kerusi tersebut telah menyebabkan aku tercampak sambil berputar ligat seperti puting beliung tetapi aku sempat mengontrol kejantanan aku berputar dengan penuh gaya. Tapi malang tak berbau, disebabkan aku berputar terlalu laju maka angin panas dan sejuk telah bertembung dan menghasilkan secupak halilintar dan telah meranapkan seluruh stesen bas tersebut dan mengorbankan banyak jiwa dan raga serta bakul motosikal. Apabila aku berlabuh ku lihat hijau. Macam lagu zainal abidin lak. Yang tertinggal elok hanyalak kaunter tiket bas yg xdatang2 tu. Aku lihat brader tu memerhati aku sambil merengus kencang, tiba2 wajahnya berubah dan tubuhnya mula mengembang berotot2 macam org gi pro fitness. Akhirnya brader tu berubah menjadi serigala jadian yang amat ganas dan cuba menerkam aku. Aku melompat ke udara sambil berputar untuk mengelak serangan dan mendarat dgn baik sekali dan mendpt markah penuh dari juri gimnastik olimpik yg kebetulan lalu disitu dan kemudia berlalu pergi. Dengan wajah bangga aku mendepakan tangan untuk menikmakti saat kemenangan aku dalam acara gimnas berirama dengan secara tidak sangka. Kemudian aku meneruskan kembali memberi perhatian kepada serigala jadian tersebut, tidak ku sangka diwaktu matahari terik sebegini rupa brader tu boleh berubah wajah sedangkan dlm citer mat saleh diorg boleh brubah bila ade bulan ngambang diwaktu malam. Serigala tersebut terus menerus menyerang aku dan aku hanya mampu mengelak. Setelah penat berlarian di kaki pelangi ibarat lagu nostalgia yang menggamit kalbu aku memutuskan utk menamatkan persengketaan ini. Aku mengeluarkan sebutir mercun bola dari saku seluar jin aku dan aku mencucuh mercun tersebut lalu melontarkan kearah serigala gila itu. Aku mengharapkan bunyi letupan dari mercun bola itu dapat menghalau serigala itu tetapi suatu gelombang letupan yg kuat terhasil dari mercun bola tu. Ia telah mengakibatkan serigala jadian itu hancur lebur dan letupan itu menyebabkan aku tercampak sejauh 400km padu persegi tanpa kompromi dari jb hingga ke kampung aku. Akhirnya dr letupan tersebut aku selamat tiba ke kampung halaman ku dan hanya cedera ringan di siku dan buku lali dan aku dihantar ke hospital tengku ampuan rahimah untuk rawatan lanjut. Sekian berita jam 12. Itu je pon cite aku tamat.

Saturday, 27 October 2012

Kisah Dan Kehidupan: Cerita Balik Kampung.

Assalamualikum kepada pembaca entri aku yang simple sengkek dan tak semegah blogger atau kaki tenet tegar di seluruh pelusuk, ceruk, lubang, celah dan mana-mana tempat di planet bumi ni. Ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke blog aku walaupun aku taw memang kebarangkalian pun adalah sukar blog aku dikunjungi umat-umat kaki tenet. Tapi dengan semangat yang penuh wibawa dan kesungguhan yang tiada tolok bandingannya, aku terus menerus akan menaip untuk memastikan akan ada entri untuk aku terbitkan.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku pulang ke kampung halaman untuk berhari raya sewaktu beberapa tahun dahulu kebarangkalian pada tahun 2017. Ya, aku pasti pada tahun 2017. Aku pasti korang rasa tertipukan? Ok, sebenarnya ianya terjadi sebelum aku berkerja sebagai kakitangan gomen. Tahun tu adalah tahun terakhir aku berkerja sebagai juruteknik disebuah syarikat perkapalan iaitu pada tahun 2009. Aku merupakan seorang pekerja yang cemerlang lagi gemilang hingga tak terbilang di syarikat tersebut. Secara terus dan terang lagi bersuluh dan dengan penuh perasaan bongkak dan bernafsu aku mengakui bahawa aku ni memang antara pekerja terbaik disyarikat tersebut sehinggakan Boss aku nak bagi jawatan dia kat untuk menerajui syarikat tapi aku menolak tawaran beliau dengan perasaan angkuh dan takbur kerana aku aku tidak memerlukan pangkat serta darjat untuk berkerja.

Jadi aku ingin pulang ke kampung halaman menemui keluarga aku yg berada nun disana. Aku ingin selalu bersama keluarga ku namun disebabkan kesibukan kerja yang sentiasa menginginkan khidmat dari aku yang kacak lagi tampan dan berkaliber serta berkarisma tapi tiada kaitan dengan modenas karisma yg direka untuk kelihatan dungu dan menjengkelkan aku sukar untuk mempunyai lebih masa besama keluarga ku yang tercinta, Maka pada tahun ini aku berazam untuk pulang ke kampung.

Tiba pada hari dan waktu serta masa yang dinantikan aku telah bersiap-siap untuk pelang menemui kedua ibu bapaku. Aku telah memohon cuti yang agak panjang sekitar dalam dua minggu, pada mulanya agak sukar cutiku hendak diluluskan. Namun setelah aku tempeleng kepala Boss aku sehingga beliaun tenat barulah permohonan cuti aku diluluskan dan aku memberikan 2 batang coki-coki kepada Boss aku sebagai tanda maaf dan jutaan terima kasih atas kekasaranku dan jasa beliau padaku.

Sebelum memulakan perjalanan aku memeriksa kerata Peroton Saga Belum Lagi Matang (BLM) yang dibeli secara hutang untuk memastikan keadaan kereta aku selamat dan sejahtera hendaknya bila dipandu nanti. Almaklumlah, soal keselamatan amatlah aku titik beratkan dalam apa jua aspek mahupon rohani dan jasmani. Kereta aku juga baru semalam diservis untuk persediaan sebelum pulang ke kampung namum semasa aku menghantar kereta  untuk diservis, satu kekecohan telah berlaku antara aku dan pomen bengkel. Ianya terjadi bilamana pomen tersebut tidak dapat menservis kereta aku mengikut apa yang aku kehendaki. Bak kata pepatah bisnes, Kastemer Olweys Rait (customer always right). Namun pomen tersebut tetap berdegil dengan keputusannya maka satu pergaduhan telah berlaku bilamana aku mula naik berang dan meluru kearah pomen itu umpama ayam lapar disuap nasi, ibu dirumah tak bangun lagi. Lantas perbuatanku dihalang oleh beberapa orang yang ada di bengkel itu, lalu seorang brader datang kepadaku untuk meredakan keadaan kemudian dia bertanya kepada aku apa punca perkelahian kami. Aku dengan perasaan jujur dan amanah serta tawadhuk menjelaskan pada brader tu bahawa aku menyuruh pomen tu pastikan bila kereta ku sudah diservis ianya beroperasi setaraf BMW 5siri tetapi pomen tersebut mengingkari kehendaku dan aku menjelaskan Kastemer Olweys Rait.

Namun tanpa segan dan silu setelah mendapat penjelasan aku, brader tu menyiku kepala aku sehingga beberapa ketul sel otak terkeluar dari lubang telinga aku. Aku menjadi bengong Sebentar. Kembali pada cerita asal, sebelum memulakan perjalanan aku menghubungi ibu ku yang berada dikampung.
"Helo assalamualaikum mak, Ni along. Along on de wey ke umah mak. Mak, along nak mintak tolong skit kat mak buatkan jamuan skit-skit malam nanti sempena along balik ni." kata ku pada ibuku.
"Waalaikumsalam. Along, sebenarnya mak ada bende nak story kat ko nih. Balik cepat sikit ye, Bye." lantas ibuku memutuskan panggilan. Hatiku berdebar resah tak keruan. Aku berpeluh deras memikirkan kata-kata ibuku sehingga basah seluarku akibat peluh dan aku terpaksa berhenti beberapa kali ditepi jalan untuk membuang peluh aku yang membanjiri ruang kereta aku. Sambil-sambil aku berhenti aku usha awek-awek yang lalu lalang sekitar jalan sambil aku menunjukkan wajah tampan ku kepada mereka.

Akhirnya aku tiba dikampung halaman ku di Seri Manjung, Perak. Setibanya dihalaman rumah aku membuat putaran 360 dengan kereta aku dihadapan perkarangan rumah orang tua ku untuk dipertontonkan kepada jiran-jaranku sambil mengangkat-angkat kening aku supaya diorang berbulu dengan kehebatan aku. Sejurus itu aku memarkir kerata aku dihalaman sambil diperhatikan ibuku tanpa sebarang riak ekspresi pada wajah sucinya cuma yang membingungkan aku terdapat banyak pinggan digendong ibuku. Aku dengan penuh rasa semangat waja umpama kereta waja yang disumpah menjadi evo 6,7 dan juga 8 aku menderu pantas kearah ibuku lalu kukucup tangan ibuku dan kudakap erat ibuku untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang ku kepada orang tuaku. Kemudian aku teringat akan kata-kata ibuku kepada ku lalu aku bertanya perihal apakah yang ingin dikatakan beliau.

Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku, hatiku bimbang, resah dan walang. Dengan tidak semena-mena ibuku melontarkan satu persatu pinggan yang dikendongnya kearah kepalaku umpama naruto membaling kunai. Meletup-letup pinggan dikepalaku sambil ibuku bertempik "ko ni dah kenapa??? nak kenduri punya bagai??? opis ko sebelah umah mak, dah tu ko kerja dengan bapak ko. Yang ko ngade-ngade nak menyewa umah lain tu kenapa?? 15 minit je umah sewa ko ke umah mak, bukannye jauh mana. nah amek ko kenduri!!!" lantas pinggan kaca yang 24 terbang pantas hinggap ke kepalaku dan pecah berderai. Aku terus lari mencari tempat persembunyian. Itulah kisah aku pulang kekampung. Tragis tak?