Sunday, 28 October 2012
Kisah Dan Kehidupan: Tragedi Bas Ekspres.
Ade cerite untuk kome. Teman dlm bas ni ondaway gi kek el almklum le sok udah nak balik ke obersi nak kojer katekan. Ape teman nak cerite pasei pengalaman teman naik bas dulu kale. Udah lame teman xnaik bas lepas teman mampu beli beca roda tige jename spyder. Cukup le utk teman bawak meronde2 g taman petang2 sambei pekene pisang goreng paneh kat gerai tepi jalan. Berbalik le pade ceghite pasei bas, ni teman bknnye ape, dulu semase teman xde terenspot sndri teman ni mampu jadikan bas sbgai pengangkutan utame la. Nak kate dr jaman skolah sampei le zaman kojer. Nak dikisahkan la pade 1 ari tu teman nunggu le bas nak balek ke kpg teman kt lambor. Kome tawu ke lambor kat maner? Sahih bekema semua langsung dak tawu le. Balek semule pade cite teman, dalam mase nengah nunggu bas yg xmari2 ibarat melukut ditepi gantang teman melayan le asap rokok sampei nak abis rokok sekotak xcukup dgn itu ngan ekjos kete skali teman sapu nak layan asap mmg lame ngan bosan tahap kronikel of riddick la. Ade yg lg kesian teman nengok sorang makcik tu menunggu dgn anak die yg masih kecik nyusu kopek lg tu udah naik tumpo nunggu, tunggu punya tunggu nak bas tu mari sampei anak dia boleh belari la, pny la lame. Udah dekat tige jam teman tepacak rope tugu negare yg pegang senapang tu tp teman bawak beg je. Kalau nak tgk rope mane teman kat tugu negare tu kome tgk kt tugu tu blk org no.3 dr kiri sebelah yg pegang senapang ade org pegang bendera tapi blakang dia. Klau xjumpe tengok kat belah bawah batu tugu kalau ade. Maka disebabkan kesabaran teman semakin diujikaji make teman mule la nak rase mengamuk walaupun kumpulan amuk xpernah mengamuk cuma hanya menyanyi saje. Tapi teman tetap cube bersabar ketahap keimanan wali sufi walaupun teman ni semyang ade xcukup, bukannye ape teman ni udah le berwajah hensem, teman xnak la ketampanan tahap gaban teman ni diragut oleh kemarahan teman yg agak membuak2 seperti kanak2 kehilangan gula2nya. Jadi teman tetap maintain ketampanan teman bak artis tekenal tp bukan mcm sahezi sem tu yg bulu idung besepah. Tak sior teman, kalau kome tgk muke teman ni kalau ngah tekemut nak melabor pon dh mcm aaren aziz, kalau tgh steady lg le xleh bayangkan ketampanan teman ni tahap keberapekan. Jadi untuk mendapatkan kepastian atas dasar sebab musabab ape dan why bas yg sepatutnye dtg tiga jam yang lalu sepatutnya hadir teman bertanya pade pekerja kaunter tiket bas tersebut. Dengan langkah bak panglima perang di sajian dahulu kala teman melangkah penuh gagah perkasa serta keyakinan yang tinggi menghampiri kaunter tiket tersebut. Setibenye aku disane aku pon bertanya dngan dialek bahasa melayu kini tp sebelum tu aku memastikan siapa gerangan di kaunter tiket tersebut. Setelah diperiksa menggunakan ilmu hisab yang telah aku pelajari di sekolah sewaktu darjah dua aku mengenalpasti seorang brader yang agak huduh wajahnya umpama cipan yang terkena sampar ibarat anjing gila termakan sambal belacan bercampur cili burung. Memang berdosa aku mengutuk makhluk tuhan sebegitu rupa tetapi memang sahih dan muktamad wajah brader tu memang huduh yg teramat disamping bulu hidung yang terkeluar disulami bau badan mengalahkan bangkai biawak mati satu keturunan. Patut la berbau harok stesen bas yg aku tunggu tu, aku fikirkan bau sampah sarap yang sudah lama tidak diangkat rupa2nya bau brade belacan ni. Aku tidak mampu menahan urat geli aku dari bergetaran di ujung limpa hempedu aku lalu aku ketawa terbahak2 tanpa keruan dan menemplak brader tu. Aku mengatakan pada brader itu bahawasanya dia adalah jejaka tertampan di planet bumi. Hadirin yang berada di sekitar stesen bas turut mentertawakan brader tu. Secara tiba2 deria kesan aku mengesan sesuatu yang aneh. Dengan gaya seperti spiderman mengesan benda buruk berlaku maka begitulah keadaan aku pada masa tersebut. Aku dapat merasakan sesuatu yang pantas datang kearahku dan bila aku menoleh aku merasakan umpama sebutir peluru ak47 terbang membenam kedalam kepala otak aku dan aku terkenang zaman muda aku menangkap peluru dengan menggunakan gigi semasa diperang teluk dahulu. Bila aku sedar aku perasan aku dibedil dengan sebuah kerusi plastik berjenama 3a yang selalu terpampang di billboard lebuhraya. Aku tidak sempat mengelak maka kerusi tersebut sempat menghinggap ke wajah ku yg tampan melebihi tom kerus dan impak dari bedilan kerusi tersebut telah menyebabkan aku tercampak sambil berputar ligat seperti puting beliung tetapi aku sempat mengontrol kejantanan aku berputar dengan penuh gaya. Tapi malang tak berbau, disebabkan aku berputar terlalu laju maka angin panas dan sejuk telah bertembung dan menghasilkan secupak halilintar dan telah meranapkan seluruh stesen bas tersebut dan mengorbankan banyak jiwa dan raga serta bakul motosikal. Apabila aku berlabuh ku lihat hijau. Macam lagu zainal abidin lak. Yang tertinggal elok hanyalak kaunter tiket bas yg xdatang2 tu. Aku lihat brader tu memerhati aku sambil merengus kencang, tiba2 wajahnya berubah dan tubuhnya mula mengembang berotot2 macam org gi pro fitness. Akhirnya brader tu berubah menjadi serigala jadian yang amat ganas dan cuba menerkam aku. Aku melompat ke udara sambil berputar untuk mengelak serangan dan mendarat dgn baik sekali dan mendpt markah penuh dari juri gimnastik olimpik yg kebetulan lalu disitu dan kemudia berlalu pergi. Dengan wajah bangga aku mendepakan tangan untuk menikmakti saat kemenangan aku dalam acara gimnas berirama dengan secara tidak sangka. Kemudian aku meneruskan kembali memberi perhatian kepada serigala jadian tersebut, tidak ku sangka diwaktu matahari terik sebegini rupa brader tu boleh berubah wajah sedangkan dlm citer mat saleh diorg boleh brubah bila ade bulan ngambang diwaktu malam. Serigala tersebut terus menerus menyerang aku dan aku hanya mampu mengelak. Setelah penat berlarian di kaki pelangi ibarat lagu nostalgia yang menggamit kalbu aku memutuskan utk menamatkan persengketaan ini. Aku mengeluarkan sebutir mercun bola dari saku seluar jin aku dan aku mencucuh mercun tersebut lalu melontarkan kearah serigala gila itu. Aku mengharapkan bunyi letupan dari mercun bola itu dapat menghalau serigala itu tetapi suatu gelombang letupan yg kuat terhasil dari mercun bola tu. Ia telah mengakibatkan serigala jadian itu hancur lebur dan letupan itu menyebabkan aku tercampak sejauh 400km padu persegi tanpa kompromi dari jb hingga ke kampung aku. Akhirnya dr letupan tersebut aku selamat tiba ke kampung halaman ku dan hanya cedera ringan di siku dan buku lali dan aku dihantar ke hospital tengku ampuan rahimah untuk rawatan lanjut. Sekian berita jam 12. Itu je pon cite aku tamat.
Saturday, 27 October 2012
Kisah Dan Kehidupan: Cerita Balik Kampung.
Assalamualikum kepada pembaca entri aku yang simple sengkek dan tak semegah blogger atau kaki tenet tegar di seluruh pelusuk, ceruk, lubang, celah dan mana-mana tempat di planet bumi ni. Ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke blog aku walaupun aku taw memang kebarangkalian pun adalah sukar blog aku dikunjungi umat-umat kaki tenet. Tapi dengan semangat yang penuh wibawa dan kesungguhan yang tiada tolok bandingannya, aku terus menerus akan menaip untuk memastikan akan ada entri untuk aku terbitkan.
Apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku pulang ke kampung halaman untuk berhari raya sewaktu beberapa tahun dahulu kebarangkalian pada tahun 2017. Ya, aku pasti pada tahun 2017. Aku pasti korang rasa tertipukan? Ok, sebenarnya ianya terjadi sebelum aku berkerja sebagai kakitangan gomen. Tahun tu adalah tahun terakhir aku berkerja sebagai juruteknik disebuah syarikat perkapalan iaitu pada tahun 2009. Aku merupakan seorang pekerja yang cemerlang lagi gemilang hingga tak terbilang di syarikat tersebut. Secara terus dan terang lagi bersuluh dan dengan penuh perasaan bongkak dan bernafsu aku mengakui bahawa aku ni memang antara pekerja terbaik disyarikat tersebut sehinggakan Boss aku nak bagi jawatan dia kat untuk menerajui syarikat tapi aku menolak tawaran beliau dengan perasaan angkuh dan takbur kerana aku aku tidak memerlukan pangkat serta darjat untuk berkerja.
Jadi aku ingin pulang ke kampung halaman menemui keluarga aku yg berada nun disana. Aku ingin selalu bersama keluarga ku namun disebabkan kesibukan kerja yang sentiasa menginginkan khidmat dari aku yang kacak lagi tampan dan berkaliber serta berkarisma tapi tiada kaitan dengan modenas karisma yg direka untuk kelihatan dungu dan menjengkelkan aku sukar untuk mempunyai lebih masa besama keluarga ku yang tercinta, Maka pada tahun ini aku berazam untuk pulang ke kampung.
Tiba pada hari dan waktu serta masa yang dinantikan aku telah bersiap-siap untuk pelang menemui kedua ibu bapaku. Aku telah memohon cuti yang agak panjang sekitar dalam dua minggu, pada mulanya agak sukar cutiku hendak diluluskan. Namun setelah aku tempeleng kepala Boss aku sehingga beliaun tenat barulah permohonan cuti aku diluluskan dan aku memberikan 2 batang coki-coki kepada Boss aku sebagai tanda maaf dan jutaan terima kasih atas kekasaranku dan jasa beliau padaku.
Sebelum memulakan perjalanan aku memeriksa kerata Peroton Saga Belum Lagi Matang (BLM) yang dibeli secara hutang untuk memastikan keadaan kereta aku selamat dan sejahtera hendaknya bila dipandu nanti. Almaklumlah, soal keselamatan amatlah aku titik beratkan dalam apa jua aspek mahupon rohani dan jasmani. Kereta aku juga baru semalam diservis untuk persediaan sebelum pulang ke kampung namum semasa aku menghantar kereta untuk diservis, satu kekecohan telah berlaku antara aku dan pomen bengkel. Ianya terjadi bilamana pomen tersebut tidak dapat menservis kereta aku mengikut apa yang aku kehendaki. Bak kata pepatah bisnes, Kastemer Olweys Rait (customer always right). Namun pomen tersebut tetap berdegil dengan keputusannya maka satu pergaduhan telah berlaku bilamana aku mula naik berang dan meluru kearah pomen itu umpama ayam lapar disuap nasi, ibu dirumah tak bangun lagi. Lantas perbuatanku dihalang oleh beberapa orang yang ada di bengkel itu, lalu seorang brader datang kepadaku untuk meredakan keadaan kemudian dia bertanya kepada aku apa punca perkelahian kami. Aku dengan perasaan jujur dan amanah serta tawadhuk menjelaskan pada brader tu bahawa aku menyuruh pomen tu pastikan bila kereta ku sudah diservis ianya beroperasi setaraf BMW 5siri tetapi pomen tersebut mengingkari kehendaku dan aku menjelaskan Kastemer Olweys Rait.
Namun tanpa segan dan silu setelah mendapat penjelasan aku, brader tu menyiku kepala aku sehingga beberapa ketul sel otak terkeluar dari lubang telinga aku. Aku menjadi bengong Sebentar. Kembali pada cerita asal, sebelum memulakan perjalanan aku menghubungi ibu ku yang berada dikampung.
"Helo assalamualaikum mak, Ni along. Along on de wey ke umah mak. Mak, along nak mintak tolong skit kat mak buatkan jamuan skit-skit malam nanti sempena along balik ni." kata ku pada ibuku.
"Waalaikumsalam. Along, sebenarnya mak ada bende nak story kat ko nih. Balik cepat sikit ye, Bye." lantas ibuku memutuskan panggilan. Hatiku berdebar resah tak keruan. Aku berpeluh deras memikirkan kata-kata ibuku sehingga basah seluarku akibat peluh dan aku terpaksa berhenti beberapa kali ditepi jalan untuk membuang peluh aku yang membanjiri ruang kereta aku. Sambil-sambil aku berhenti aku usha awek-awek yang lalu lalang sekitar jalan sambil aku menunjukkan wajah tampan ku kepada mereka.
Akhirnya aku tiba dikampung halaman ku di Seri Manjung, Perak. Setibanya dihalaman rumah aku membuat putaran 360 dengan kereta aku dihadapan perkarangan rumah orang tua ku untuk dipertontonkan kepada jiran-jaranku sambil mengangkat-angkat kening aku supaya diorang berbulu dengan kehebatan aku. Sejurus itu aku memarkir kerata aku dihalaman sambil diperhatikan ibuku tanpa sebarang riak ekspresi pada wajah sucinya cuma yang membingungkan aku terdapat banyak pinggan digendong ibuku. Aku dengan penuh rasa semangat waja umpama kereta waja yang disumpah menjadi evo 6,7 dan juga 8 aku menderu pantas kearah ibuku lalu kukucup tangan ibuku dan kudakap erat ibuku untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang ku kepada orang tuaku. Kemudian aku teringat akan kata-kata ibuku kepada ku lalu aku bertanya perihal apakah yang ingin dikatakan beliau.
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku, hatiku bimbang, resah dan walang. Dengan tidak semena-mena ibuku melontarkan satu persatu pinggan yang dikendongnya kearah kepalaku umpama naruto membaling kunai. Meletup-letup pinggan dikepalaku sambil ibuku bertempik "ko ni dah kenapa??? nak kenduri punya bagai??? opis ko sebelah umah mak, dah tu ko kerja dengan bapak ko. Yang ko ngade-ngade nak menyewa umah lain tu kenapa?? 15 minit je umah sewa ko ke umah mak, bukannye jauh mana. nah amek ko kenduri!!!" lantas pinggan kaca yang 24 terbang pantas hinggap ke kepalaku dan pecah berderai. Aku terus lari mencari tempat persembunyian. Itulah kisah aku pulang kekampung. Tragis tak?

Wednesday, 17 October 2012
Kisah Dan Kehidupan: Raja Buah-Buahan Buah Durian.
"Durian", sebut saja pasal durian semua orang mesti terkenang kelazatannya samada dimakan begitu sahaja, dibuat pengat, tempoyak, jem atau apasaja bentuk asal boleh dimakan dan terus masuk kedalam perut-perut setiap insan. Tetapi ada juga yang alahan dan tidak gemar dengan durian dari segi faktor usia, bau, politik mahupun apasaja alasan yang mengatakan mereka tidak gemar pada durian. Bila ditanya pada aku akan tentang durian nih memang aku la penggemar fanatik buah durian di muka bumi ini bahkan disebabkan buah durian aku sanggup bergaduh dengan pembeli lain disebabkan ingin membeli 3 biji durian walhal masih banyak lagi dijual buah durian yang dijual oleh peniaga. Akan tetapi ingin menunjukkan aku ni seorang DieHardFan durian, aku sanggup melakukan perkara sedemikian rupa waima sebutir durian mahupun aku sanggup bertikam dengan member aku sekiranya mereka mengambil bahagian aku tanpa kerelaan dari aku sendiri. Kini aku sudah kekurangan kawan disebabkan hanya buah durian. memang benar katak-kata orang tua walaupun kedengaran menipu semata-mata iaitu buah durian ini berhantu.
Jadi apa yang ingin aku kongsikan disini adalah apa yang engkau orang semua taktau pasal durian. Janganlah korang sesekali mengakui bahawa korang ni peminat setia durian kerana dikhuatiri pengakuan korang itu mengundang kecelakaan dari aku, paham. Okey, jadi inlah apa yanga aku nak ceritakan perihal tentang durian kat korang, saksikan:
Meskipun beliau ataupun durian dilabelkan sebagai Raja Buah-buahan tetapi tiada sebarang hari pertabalan, tiada adat istiadat diraja mahupun cuti umum sempena hari keputeraan untuk Raja Buah-buahan sedang beliau menyandang jawatan RAJA. Selain itu sekiranya durian durian menyandang jawatan RAJA, buah apakah yang menyandang jawatan bendahara, hulubalang, temenggong, laksamana dan hamba abdi serta lain-lain jawatan? Konfiuskan??
Kita tidak pernah sebarang berita dan rekod jenayah serta kesalahan waima tiada langsung dengan kaitan pinjaman bank termasuk bank negara dan dunia akan tetapi durian dilarang dibawa masuk ke kapal terbang, pengangkutan awam, hotel-hotel dan mana-mana tempat yang berprofil tinggi. korang tau ke??
Tiada sebijik durian pun pernah pergi ke sekolah memasuki KELAS dan menduduki apa jenis perperiksaan rendah ataupun tinggi dan untuk ke Institut Pengajian Tinggi lagilah mustahil. Akan tetapi dalam keadaan sedar atau halusinasi adakah korang perasan atau merasai atau juga melihat mahupun memerhati harga sebutir durian diKELASkan mengikut GRED. Ada korang nampak??
Walaupun Durian mempunyai bau-bauan yang sendiri tetapi tidak ada satupun syarikat perfume membuat mana-mana haruman dari buah durian. Contohnya perfume Channel no.5 dengan haruman durian, pernah korang nampak?? Sedangkan bau durian amat digilai oleh mana-mana penggemar durian betul tak??
Kebanyakan kita tahu bahawa orang luar terutamanya mat saleh dari amareka atau eropah cukup tak gemar dengan durian dan kenapa boleh ada durian yang terlepas ke belanda iaitu durian belanda. Sedangkan ianya buah-buahan dihutan tropika yang kebanyakan hanya didapati dinegara asia dan apakah hubungan durian biasa dan durian belanda?? Adakah mereka berasal dari keturunan yang sama, mungkin mereka ini keturunan durian SIAM atau durian TEMBAGA? Manalah tahukan??
Jadi itu jelah yang aku nak cerita pasal durian. Aku harap Info aku ni amat berguna kat korang. Like dan jangan lupe join jadi gerup blog aku. Wassalam.

Kisah Dan Kehidupan: Peristiwa Seram Di Teluk Batik.
Bila sebut pasal Teluk Batik sape yang tak kenal?? Hanya orang batak dan ulu pendalaman yang tidak tahu. Aku yang juga merupakan penduduk tempatan di daerah yang turut memukimkan Teluk Batik sebagai jajahan takluk memang telah-telah la cukup kenal dengan Tempat Perlancongan ini. Jadi apa yang sebenarnya yang hendak aku ceritakan?? Ini merupakan pengalaman aku yang terjadi beberapa tahun lalu, kalau tak silap aku tahun 2016 kot. Ok, aku tipu. Sebenarnye pon aku tak ingat tahun bila.
Apa yang aku ingat malam hari tersebut adalah hari merdeka, maka secara automatiknya sambutan kemerdekaan akan diadakan pada malam itu. Maka aku juga tidak ketinggalan untuk menyemarakkan semangat cintakan nusa dan bangsa dan juga pada negara. Kebiasaannya setiap kali ada hari-hari kebesaran atau cuti umum, Teluk Batik menjadi pilihan imigran dari luar untuk dikunjung dan tanpa disedari mereka sebenarnya mereka seperti menjebakkan diri mereka ke kancah kecelakaan.
Hendak dimulakan cerita aku bersama sahabat handai dan juga rakan sebaya berkonvoy ke Teluk Batik walaupun masa perjalanan hanya 10 minit tetapi dengan semangat yang berkobar-kobar umpama seekor singa jantan yang ingin mempertahankan kawasannya maka niat kami untuk berkonvoy tetap diteruskan walaupun aku mengakui ianya kelihatan sedikit bodoh walaupun tidaklah seteruk Pak Pandir ataupun Si Luncai dengan labu-labunya serta sayur-sayurannya.
Setibanya aku tiba di Teluk Batik sedari dari jam enam patang tadi, aku masih tidak berjanjak dari motosikal berkuasa kapcai selinder berkapasiti 110 dan helmet masih dikepala. Aku merasakan diri ku menjadi perhatian masyarakat dan manusia sekeliling dan mungkin juga makhluk yang tidak kelihatan seperti microorganisma, ameba, spora dan juga jadual berkala. Tiba-tiba sekumpulan gadis genit yang agak meletup dan juga seksi serta menggoyangkan iman menghampiri kearah aku dan rakan-rakan. Pada firasat aku seumpama bomoh bercampur pendeta gua tempurung menyatakan aku menjadi tumpuan kumpulan gadis-gadis tersebut. Maka apabila mereka semakin dekat dengan aku, lantas aku menanggalkan helmet aku dan aku menggelengkan kepala aku untuk membuat rambut ku meliuk-lentuk seperti iklan syampoo di kaca televisyen. Kemudian aku mensisirkan rambutku menggunakan jariku sambil menjeling dengan gaya mata The Rock (kening terangkat sebelah) kearah chickies tersebut untuk menaikkan nilai market ketampanan aku yang memang telah-telah lebih kacak dari Adi Putra dan juga Aaron Aziz.
Memang apa yang telah aku usahakan tidak sia-sia, mereka yang melihat aku semuanya terpegun dan kaku seumpama masa berhenti seketika dan keadaan menjadi sunyi dan sepi umpama mimpi dalam mimpi. Dalam saat itu aku terfikir memang benar telahan aku bahawa kekacakan aku setanding dengan jejaka maskulin dan playboy sedunia dan mungkin juga lebih hebat dari mereka semua ini. Bayangkan terdapat kanak-kanak yang sedang makan aiskrim boleh terhenti dari memamah aiskrimnya dan dibiarkan meleleh tanpa menghiraukannya, manakala terdapat pakcik-pakcik dan makcik-makcik merenung aku tanpa berkelip sambil berjalan. Memang aku tidak hairan dengan kelakuan mereka semua malah rakan-rakan aku turut berkelakuan seperti mereka maka dengan apa yang terjadi lagi mengukuhkan idea serta buah fikiranku tentang kehenseman aku yang tiada batasan antara semesta.
Oleh disebabkan itu, salah seorang dari kumpulan gadis-gadis comel tersebut datang menuju kearahku. Maka aku terus menerus mengontrol kekacakan aku agar lebih menyerlah dan menambahkan lagi kebongkakan+kekopratan (korporat) seperti Samsul Yusof anak Yusof Haslam. Kehadiran gadis itu tidak aku hiraukan dengan tujuan menunjukan aku ini bukan lelaki yang mudah nak ditackle sesuka hati. Sesudah gadis tu sampai kepada aku dengan bergaya aku mengisyaratkan kepada gadis itu untuk tidak bercakap dan dengan penuh gaya aku menghulurkan talifon selular aku siap tertera no.telefon aku untuk diberi kepada gadis comel itu tanpa menoleh kepadanya.
Hampir 2 minit aku dalam keadaan sebegitu rupa dan perasaan curiga mula menyelingkari segenap sanubari aku. Kemudian aku memandang kepada gadis tersebut dan bertanya padanya "kenapa?"
Lantas awek cun tu membalas pertanyaanku "Emm, awak saya cuma nak cakap baju yang awak pakai terbalik. Bukannye apa, dari tadi ramai orang tengok baju awak yang terbalik tu dengan taik burung kering kat bahu awak tu". Awek tu pun berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Kemudian aku merasakan dunia seakan gegak gempita, sungguh kuat dan bingit.
Baru aku sedari seluruh orang menggelakan pada aku tanpa prejudis termasuk awek-awek tu dan kawan-kawan aku juga tidak ketinggalan. Aku merasakan hidup ku semakin gelap dan kelam. Betapa malunya aku seupama masa dpan aku diragut sebegitu sahaja tanpa ada rasa belas dan kasihan serta kasih dan sayang. Itulah PERISTIWA SERAM aku di Teluk Batik.

Sunday, 16 September 2012
Setting YOUTUBE Anda Untuk Buffering Yang Lebih Pantas.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
3. Menu ni korang boleh cari kat nama akaun korang. korang klik nama akaun korang tu. Nanti kuar la.
4. Lepas tu korang akan masuk ke page setting then ikut langkah macam kat gambar nih pulak.
5. Korang pilih "I have a slow connection. Never play higher-quality video" pastu korang klik save. Ade kat belah kanan page.
Kepada kaki YOUTUBE kome xperlu lagi nak sakit kepala lagi sebab teman dah ade ubat sakit kepala yang boleh melegakan sikit sakit hati dan kepala kome yang terpakse menunggu lama nak menonton video di YOUTUBE. Moh le bekema semua tengok caranye.
1. Korang mesti login YOUTUBE dulu guna GMAIL korang. Ni penting tau, pastikan ada OK.
2. Sesudah login YOUTUBE akaun korang ikut step dalam gambar ni.
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
6. Langkah seterusnya korang masuk webpage www.youtube.com/feather_beta then korang ikut cara kat gambaq bawah nih.
![]() |
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. |
So far aku dah buat cara camni. Alhamdulillah lebih cepat dari sebelum nih. Kepada yang nak mencuba aku ucapkan selamat mencuba.
Saturday, 15 September 2012
Cara Melajukan Youtube.
ASSALAMUALAIKUM
Mungkin ramai dah taw cara camner nak lajukan buffering youtube korang.Tapi takpe la, untuk entri kali ni aku nak informkan je untuk sesape yang belum taw cara nak lajukan buffering youtube korang. So far aku buat skill ni boleh la ade kemajuan sikit. Skang kome tengok la cara2 dan step2 untuk melaksanakan kerja ini:
1. Pegi kat run then taip system.ini . Bagi pengguna windows 7 nak cari run kene search dlu.
![]() |
Taip system.ini then tekan ok. |
2. Pastu akan kuar new windows cam kat bawah ni.
3. Korang paste menatang yang aku taip nih kat dlm note tu.
page buffer=1000000000Tbps
load=1000000000Tbps
download=1000000000Tbps
save=1000000000Tbps
back=1000000000Tbps
search=1000000000Tbps
sound=1000000000Tbps
webcam=1000000000Tbps
voice=1000000000Tbps
faxmodemfast=1000000000Tbps
update=1000000000Tbps
lepas tu akan jadi cam kat bawah nih.
5. Bila dah setel kome save as file ni atas nama system kat desktop dulu.
6. Pastu korang copy dan paste kat C:\ WINDOWS\...
7. Bila dah setel korang restart PC atau Laptop korang yg buruk atau baru tu. Insyaallah ok la ade perubahan sikit sebanyak mase buffering tuh.
Sekian ini saja untuk korang. Nanti aku update lagi untuk skill yang lain.
Wassalam.
Monday, 10 September 2012
Another Shot For Public. Hope U Ols Enjoy With It.
ASSALAMUALAIKUM
Saje je aku nak share ngan korang semua gambar-gambar yang aku dah shot.
The truth, aku ni still amatur lagi. Takde yang hebat pon, cuma kalau
koram-koram semua ade idea mohon share la kat aku ni.
Lagi pon aku baru berjinak-rinak-lunak main DSLR. Before this, aku cuma
guna kamera henpon je.
Ni lah antara gegambo yang ade aku shot dari beberapa lokasi yang berbeza:
1. Lokasi: Lumut, Perak.
Powered By Picasa. |
2. Ni kat Lumut Waterfront. Ade gune skit Teknik "Mate Ikan".
Powered By Picasa. |
3. Ni kat kampung aku, style tak???
Powered By Picasa. |
4. Nak test power layan shot Macro. Ok tak??
Powered By Picasa. |
5. Ade lagi gambar bebunga.
Powered By Picasa. |
6. And another more flower pics shot.
Powered By Picasa. |
7. Sebenarnye, kenapa aku banyak capture gambo berjenis bebunga atau rerumput adalah di sebabkan aku nak try teknik "Bokeh" aku ok ke tak. Emm, "Bokeh" tu teknik memblurkan B/G dan fokus pada Objek sahaja.
Powered By Picasa. |
Orait, itu je la gegambo yang aku just nak tunjuk. Bebiase aje, tapi kalau nampak memang tak menarik korang bagi la u ols punya advice or opinion kat aku. Kome share la skill ngan aku. OK, only that for here. See you soon frenz
~ASSALAMUALAIKUM~
Friday, 27 July 2012
Bulan Puase a.k.a Ramadhan
Assalamualaikum W.B.T
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada saudara2 muslim sekalian.
Bila sebut puase orang semua dah ingat raya. Normal la tu kan, betul x?
Saje je aku nak tulis pasal puase ni, bukan de ape yg special sangat pon.
Tak kan nak bagitau pe maksud puase lak kan?? Semua orang dah tau pe maksud puase.
Bagi yang tak taw kene la bertanya pada sape yang taw. Cuma nak ingatkan bila
berpuasa kita kena la jaga tingkah laku, percakapan dan paling utama cara berpakaian.
Kenapa cara berpakaian kena diutamakan? Sebab kalau kita dedah aurat, orang dari jauh
dah nampak. Bagi pompuan lak yang freehair ngan bebaju ketat tu sebolehnya haruslah
menjaga aurat korang sebab bila org lain tengok aurat kita berdosa bagi yang melihatdan juga yang memperlihat aurat tu disamping mengurangkan pahala puasa orang lain. Bagi lelaki pula,
tak payah la nak berseluar pendek atas sebab nak berasa ranggi. Enough la ok.
Turut tak lupa pesanan buat orang laki2 semua termasuk aku la, kurangkan mencarut di bulan
RAMADHAN AL-MUBARAK ini. Lagi satu hal la, bila berbuka tu cukup simple2
je la. Kadang2 aku tengok orang dok berbelanje beli juadah berbuka macam
gaya setahun tak makan, tapi mungkin anak2 dia ramai kot atau ada yang nak sedekah
kat masjid buat makan untuk berbuka atau moreh.
-SEKIAN-
![]() |
Perlukah juadah berbuka puasa kita seperti ini??? |
![]() |
Disaat kita senang kita lupa mereka yang susah. Inilah rakyat Somalia yg beratur hendak mendapatkan juadah berbuka puasa. |
![]() |
Apa pun, jangan la lupa nak kejar Solat Sunat Tarawikh. Dalam banyak2 bulan, masa bulan RAMADHAN je ade solat tarawikh. |
Sunday, 15 July 2012
Hukum Hiasan Gambar, Lukisan Dan Patung.
Assalamualaikum
Ape kabo sidang pelawat blog aku sekalian. Diharap korang sume sihat sejahtera mahunye.
Baru-baru ni aku ade besembang ngan kawan aku yang kebetulan ziarah ke rumah aku.
Kawan aku ni boleh tahan berpengetahuan ilmu tentang agama, nak dijadikan cerita
kawan aku ni tegur le aku pasal poster2 kat bilik aku. Kebanyakan poster kat bilik aku ni
banyak poster pasal GAME ngan ANIME, almaklumlah die hard gamer ngan katon aku ni.
Aku pon tanye la kat sahabat aku ni, ape masalahnye? Lagipon takat gambo robot2, askar,
alien ngan gambo anime mcm One Peace, Dragon Ball dan lain2.
Jadi kawan aku ni jelaskan la kat aku, adakah aku berharap poster yang aku pasang tu
bertujuan lebih dari hiasan? Aku mula2 segan gak nak jawab, lepas tu kawan aku jelaskan la
sekiranya aku meletakkan poster tu semua bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk
ia seumpama aku MENGAGUNGKAN gambar didalam poster tu. Astgahfirullah,
terkejut gak aku dengar ape yang dijelaskan sahabat aku tu.
Dan kawan aku ni pon kabo kat aku malaikat x masuk rumah woooo. Alamak!! parah ni.
Nabi pon pernah menegur Isterinya; Siti Aishah R.Ah berkenanaan tentang lukisan:
Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata,“Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Lagipon hiasan gambar, lukisan atau patung yang dibuat menyerupai makhluk yang hidup
seperti binatang dan manusia adalah haram melainkan hiasan berupa tumbuh-
tumbuhan. Terdapat hadis yang menyatakan:
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Dalam hadis diatas ade menyatakan binatang juga diharamkan untuk berada dirumah,
tetapi bukan semua binatang haram dibela atau disimpan di dalam rumah ianya cuma
ANJING dan BABI kerana ianya binatang kategori NAJIS MUGHALLAZAH.
Selain itu pengukir atau pembuat patung dan arca berupa manusia, haiwan dan makhluk
bernyawa juga dikecam dan haram. Penyimpanan patung didalam rumah juga haram.
Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:“Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).” (Hadits Bukhari dari Muslim)
Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin
‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Shallallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya,
bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”
Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau
binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang
adalah haram dengan ijma’ seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan
wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya.
Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang
kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir.
Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:
“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung)diazab / diseksa
dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh
sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.
KECUALI jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi
tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu.
Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja
daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
dan dipusat-pusat pengajiantinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung
atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan,
kerana diperlukan (hajat), sama ada daripadabatu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya.
Kelonggaran atau pengecualian ini adalah berdasarkan hadits Bukhari dengan sanadnya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu katanya:
“Aku bermain-main anak patung di sisi Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku ada beberapa orang
kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam membiarkan mereka
bermain –main denganku.”
Hadits ini diterbitkan oleh Abu ‘Awanah dan lainnya. Juga Abu Daud dan Nasa’i ada
meriwayatkan cerita lain daripada ‘Aisyah (yang menunjukkan ada patung-patung mainan
kepada ‘Aisyah) katanya:
“Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada peperangan Tabuk dan Khaibar, lalu diceritakan kisah di mana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menurunkan kain yang direntangkan pada pintunya, di sini Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat di sebalik kain rentang itu ada beberapa anak patung perempuan mainan kepada ‘Aisyah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini wahai ‘Aisyah?” Jawabnya: “Anak-anak patung perempuan milikku.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat pula kepada patung kuda dalam keadaan terikat ada baginya dua sayap! Maka Rasulullah bertanya: “Apa ini?” ‘Aisyah menjawab: “Kuda.” Kata Rasulullah: “Kuda ada dua sayap!” Jawab ‘Aisyah: “Tidakkah Tuan pernah dengar bahawa ada bagi Nabi Sulaiman kuda-kuda yang mempunyai beberapa sayap? Maka rasulullah tertawa.”
Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi
benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang
dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya
bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap.
Wallahualam.
Akhir kata aku rasa penjelasan aku sekadar info tipis2 untuk pembace laman blog aku ni.
Ada baiknye korang dapatkan lagi info lebih dalam untuk pengetahuan dan ilmu
untuk diri kome, ahli keluarga dan sahabat. Ape2 pon tegur-menegur, pesan-berpesan
dan berkongsi ilmu itu lebih baik dari taw nak kondem je kan. Hahaha.
ASSALAMUALAIKUM.
Wednesday, 11 July 2012
FREEMASON, ILLUMINATI DAN ZIONIS.
-ASSALAMUALAIKUM-
SALAM SEJAHTERA AKU UCAPKAN KEPADA ANDA YANG MENJENGAH SEMENTARA KE BLOG AKU NI. APA YANG AKU NAK SAMPAIKAN HANYALAH PENYAMPAIAN DARI PENYAMPAI SEAGAMA YANG SENTIASA CUBA UNTUK MENYAMPAIKAN KEBAIKAN. Apa yang aku sampaikan diharap korang akan melakukan rujukan yang selanjutnya khuatir terdapat kekhilafan hasil dari penyampaian aku yang boleh memesongkan akidah. Tetapi NIAT aku adalah satu iaitu CUBA MENYAMPAIKAN PERKARA DAN PERINGATAN YANG BAIK TERHADAP RAKAN SEAGAMA. Sekiranya terdapat KEKURANGAN diharap korang berikanlah teguran dan tunjuk ajar yang benar kepada aku.
"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
Kembali kepada tajuk utama, Apakah itu FREEMASON? Dan apakah kaitannya dengan ILLUMINATI DAN ZIONIS (ZION+ISRAEL)??
FREEMASON adalah sebuah pertubuhan ORGANISASI PERSAUDARAAN ANTARABANGSA. Mula ditubuhkan pada 1717. Terdapat juga idea dari peneliti barat yang mengatakan bahawa FREEMASON sudah lama ditubuhkan iaitu sejak abad ke-14 ketika KNIGHT TEMPLAR dihapuskan oleh Raja Perancis; Philipe Le Bel dan Paus Clement V. FREEMASON adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia. Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu AJARAN SESAT YAHUDI yang diwarisi dari era FIRAUN MESIR DAN ERA BABILON KUNO. SIHIR ADALAH INTIPATI AJARAN Kabbalah dan ini membawa kepada PENYEMBAHAN SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan. Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.
FREEMASON mempunyai PERINGKAT-PERINGKAT PENYERTAAN (LEVEL). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin
DOKTRIN SATANISM DAN MISTIK Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan MENYEMBAH IBLIS sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah DAJAL LAKNATULLAH.
![]() |
LAMBANG FREEMASON. Terdapat Jangka Ukur dan Sesiku L. Maksud huruf G dari maklumat yang aku dapat bermaksud God, Gold, Glory. |
ILLUMINATI (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah ORGANISASI SULIT TERHASIL DARI GABUNGAN PERTUBUHAN KAUM PAGAN khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. ILLUMINATI pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat. Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.
![]() |
Simbol ILLUMINATI. Gambar MATA didalam segi tiga piramid bermaksud THE ALL-SEEING EYE. |
ZIONIS adalah sebuah pergerakan yang telah lama beroperasi, tetapi secara rasminya diasaskan oleh seorang jurnalis Yahudi Hungary iaitu Theodor Herzl pada tahun 1896. Matlamatnya adalah agar orang2 Yahudi kembali ke Eretz Yisrael, atau Zion. Nama
ZIONIS diambil DARI NAMA SEBUAH BUKIT IAITU BUKIT ZION, sebuah bukit di mana Kota Jerusalem berada. Penyokong2 pada pergerakan ini dipanggil ‘Zionists’. Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya DER JUDANSTAAT (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini. Pada hari ini, secara kasarnya seramai 40% penduduk Yahudi di dunia tinggal di Israel. Dan 40% lagi tinggal di Amerika Syarikat. Zionis berbeza dengan Yahudi yang berpegang kepada kitab Perjanjian Lama (YAHUDI ORTODOKS), kerana
ZIONIS ADALAH SUATU BADAN SEKULAR YANG CUBA MEMISAHKAN AGAMA. Ianya dipengaruhi oleh ILLUMINATI iaitu satu pertubuhan besar yang ingin menakluki dunia suatu masa nanti. Yahudi yang berpegang teguh dengan Perjanjian Lama menganggap perbuatan Zionis merampas bumi Palestine dan membunuh ramai jiwa itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
APAKAH KAITAN ANTARA MEREKA SEMUA? Mereka adalah puak yang wajib diperangi oleh umat MANUSIA kerana mereka adalah tunggangan dan tentera-tentera yang akan berjuang untuk DAJAL, SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH. Untuk rujukan lebih lanjut korang boleh la menonton dokumentari THE ARRIVAL. Insya-Allah akan banyak maklumat yang akan saudara-saudaraku semua dapat ketahui.
Saturday, 7 July 2012
Photoshop Dari Picasa.
-ASSALAMUALAIKUM-
Ni antara gegambo yang aku snap menggunakan Canon EOS 600D aku yang
dah lame terperap. Xde le lawo mane, orang baru belajor le katekan.
Kalau ade pape pendapat kome post je la komen-komen atau kutukan
yang membine le gamoknye ok.
![]() |
Powered By Picasa |
![]() |
Powered By Picasa |
![]() |
Powered By Picasa |
Ni jelah yang aku nak tunjukkan pon. Lens yang aku gunakan stndrt kotak je 18-55mm dgn
ukur lilitnya 58mm. Aku nak cari lens baru tp tak tau mane yang bagus. Kalau ade
idea atau pendapat untuk aku memantapkan seni fotografi aku, korang diali-alukan untuk
post je pendapat korang.
-Wassalam-
Salam perkenalan kawan-kawan. Aku baru melayan blog, mintak tunjuk ajar :)

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 32 ]
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dan ASSALAMUALAIKUM kepada pelawat blog hamba yang baru nak start layan blog.
Tergerak pula rase ati ni nak melayan blog bila aku tgk kengkawan aku ramai yang layan blog.
Macam best2 je kan. Anyway aku nak try la bendalah ni berguna sejauh mana dan tujuan aku
mencipta blog aku ni cuma nak berkongsi idea, pendapat, pengalaman dan cerita dari orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)